Daripada perkara syirik yang mesti
dijauhkan apabila kita beraqidah mengesakan Allah SWT ialah beristiazah yakni
berlindung dengan yang lain daripada Allah seperti jin, syaitan dan sebagainya
dengan harapan ditolak bala dan kemudharatan.
Begitu juga untuk meminta sesuatu
yang bermanfaat.
Firman Allah Ta’ala suratul Jin ayat 6:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan
itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
Manusia menjadi sesat dan jin juga
menjadi sesat dengan sebab melakukan syirik. Ada manusia memuja jin untuk
menolak mudarat atau mendatangkan manfaat.
Di zaman dahulu wujud beberapa amalan di
kalangan masyarakat yang merupakan saki-baki zaman jahiliah dinamakan ancak, semah dan beberapa upacara memuja seperti ulik mayam
dan sebagainya.
Apabila nelayan-nelayan menghadapi
musim sukar mendapat ikan lalu mereka mengadakan semah dengan menyembelih
binatang. Kepalanya dihanyut ke laut untuk diberi kepada jin yang menjaga laut.
Begitulah juga mereka yang menanam
padi, jagung dan seumpamanya memuja jin yang dikatakan menjaga darat.
Kegiatan membuang ancak dilakukan bila berubat
orang sakit untuk memuja jin. Semua ini adalah saki baki amalan jahiliah.
Sekarang di setengah-setengah tempat masih
ada lagi amalan-amalan ini.
Sebarang bentuk dan perkara yang
memuja selain daripada Allah SWT untuk meminta perlindungan atau mendatangkan
manfaat adalah syirik.
Disebut terang-terang di dalam surah al-Jin
ayat 6 seperti di atas:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan
itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
Firman Allah Ta’ala suratul al-An’am ayat
128:
“Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya)
Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin
(Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari
manusia".
Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka
dari golongan manusia:
"Wahai Tuhan kami, sebahagian kami
(manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang
lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat)
yang Engkau telah tentukan bagi kami".
(Allah berfirman):
"Nerakalah tempat kediaman
kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah".
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”
Sekiranya perbuatan syirik itu
diketahui dan dibuat juga maka menjadi syirik yang membawa kepada kufur dan
kekal di dalam neraka.
Sekiranya perbuatan itu kerana
jahil, baru masuk Islam maka berdosa besar dan hendaklah bertaubat sebelum
meninggal dunia.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment