Nabi SAW telah menyebut dalam
beberapa hadis diantara rawatan sihir itu ialah membaca
3 kul. Dua
surah (Surah al-Falaq dan Annas) diturunkan untuk berubat nabi SAW dan menjadi
amalan nabi SAW untuk mengawal diri selepas itu daripada sihir.
Baginda sebelum tidur membaca
surah al-Fatihah:
Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
( 2 )
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
( 3 )
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
( 4 )
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
( 5 )
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
( 6 )
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
( 7 )
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.
Membaca
awal surah al-Baqarah:
1 )
Alif, Laam, Miim.
( 2 )
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertaqwa;
( 3 )
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
( 4 )
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
( 5 )
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang yang berjaya.
Membaca
ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255):
( 255 )
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya
Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah
Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)
Membaca
ayat akhir surah al-Baqarah ayat 255 atau 256 – 259:
( 256 )
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( 257 )
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman.
Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan
orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan
mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
( 258 )
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang
berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana
Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata:
"Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan".
Ia menjawab:
"Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata
lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah
dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam
membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang
zalim.
( 259 )
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang
yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu
berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini
sesudah matinya (rosak binasanya)? "
Lalu ia
dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun,
kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama
engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini)
sehari atau setengah hari".
Allah
berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan
demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan
minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada
keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah),
dan Kami
(lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi
umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami
menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ".
Maka apabila
telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku
mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu".
Nabi
SAW membaca tiga kali setiap surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan Annas. Selepas
setiap tiga kali baca nabi meniup pada kedua tapak tangannya dan menyapu
badannya mana yang sampai dengan tapak tangannya.
Surah
al-Ikhlas:
1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
( 2 )
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
( 3 )
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
( 4 )
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Surah
al-Falaq:
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk,
( 2 )
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
( 3 )
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
( 4 )
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
( 5 )
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
dengkinya".
Surah Annas:
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara
sekalian manusia.
( 2 )
"Yang Menguasai sekalian manusia,
( 3 )
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
( 4 )
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
( 5 )
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
( 6 )
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Itu semua
dibaca oleh nabi SAW untuk mengelak daripada sihir dengan menggunakan syaitan,
iblis dan seumpamanya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment