Thursday, December 15, 2016

TEGAHAN MENGANGGAP SIAL DAN TUAH



Mengikut hadis-hadis:

Hadis pertama: (Muttafakun alaih)

“Dan daripada Anas RA katanya sabda Rasulullah SAW tidak ada jangkitan penyakit dengan sebabnya, tidak ada sial daripada burung dan sebagainya dan menghairankan aku ada orang yang percaya dengan tuah daripada kata seseorang.

Lalu mereka bertanya apakah alfa’luh (tuah) itu

Katanya kalimah yang baik yang dianggap sudah menjadi keputusan.”

Di sini nabi kita SAW mengajar kita beriman kepada Allah dengan iman yang sebenar. Diantaranya beriman kepada qadak dan qadar. Diantara qadak dan qadar itu mempercayai bahawa sesuatu itu tidak boleh memberi bekas melainkan dengan izin Allah SWT.

Jika Allah Ta’ala tidak izin maka dia tidak memberi kesan apa-apa. Tidak ada penyakit dengan sebab-sebab makhluk. Tidak dinafikan ada penyakit-penyakit yang berjangkit seperti taun, denggi dan macam-macam penyakit yang berlaku pada hari ini.

Tidak dinafikan ada kuman-kuman yang berpindah dengan pergaulan manusia.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Omar RA apabila berlaku taun di Syam. Saidina Omar membatalkan lawatannya ke Syam. Abu Ubaidah yang ada di Syam tidak keluar daripada Syam. Dan Abu Ubaidah mati syahid akibat penyakit taun.

Saidina Umar tidak masuk ke Syam. Orang bertanya tidakkah Amirul Mukminin melarikan diri daripada qadak Allah Ta’ala.

Saidina Umar berkata:

“Tidak! Aku lari daripada qadak menuju kepada qadak Allah Ta’ala kerana nabi SAW bersabda apabila ada penyakit taun di sesuatu negeri jangan masuk dalam negeri itu dan orang negeri itu jangan keluar.”

Ini diajar oleh nabi SAW. Walau bagaimanapun tidak bercanggah dengan hadis ini. Hadis ini menyatakan bahawa kita mesti beriman kepada ketentuan daripada Allah Ta’ala. Jangan percaya penyakit itu memberi kesan.

Tidak masuk dan tidak keluar itu adalah ikhtiar. Itu dalam masalah penyakit berjangkit yang berdasarkan kepada pengalaman manusia dan kajian-kajian sains perubatan. 

Burung dianggap sial. Ada orang Melayu biawak naik atas rumah dianggap sial dan kena membuat nasi kunyit dan kena sembahyang hajat. Ini adalah kepercayaan karut yang dilarang oleh nabi SAW.

Burung hantu hinggap di atas rumah rumah dianggap dikatakan ada orang hendak mati. Burung ketitir tidak apa pula kerana bertuah. Tidak mengapa memelihara burung dengan memberi cukup makan minum tetapi tidak boleh menganggap bertuah.

Menganggap bertuah dan sial pun tidak diizinkan. Yang menentukan semuanya ialah Allah SWT.

Ada pula mengambil alfa’lu (tuah) daripada ucapan seseorang. Bila seorang itu berkata kamu sudah baik penyakit, lalu pesakit berasa baik dengan sebab orang kata. Jangan! Kerana tidak diizinkan. Kita diajar supaya berdoa kepada Allah SWT.

Nabi berdoa bila melawat orang sakit:

“Aku berdoa kepada Allah yang maha besar, Tuhan yang memiliki arasy yang besar menyembuhkan penyakitnya.”

Bukan berkata sembuhlah sedikit lagi! Orang sakit pun berasa sembuh dengan sebab cakapnya. Itu tidak betul, Kita kena bergantung kepada Allah aTa’ala.

Hadis kedua:

Sabda Rasulullah SAW:

“Dan dari Ibni Umar RA katanya sabda Rasulullah SAW tidak ada sebab penyakit itu berjangkit dengan sebab dia dan tidak ada sial celaka daripada burung, begitu juga binatang lain dan tidak ada sial pada sesuatu melainkan pada rumah, pada perempuan dan pada kuda.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa makna pada rumah?

Sial pada rumah ialah jiran yang jahat. Itu sialnya. Bukan sial rumah. Duduk di rumah dan dekat rumah ada jiran tidak sembahyang, jiran mencuri dan perangai jahat. Ini membawa kepada sial.

Apa maksud sial kepada perempuan?

Perempuan yang mengerjakan maksiat, tidak sembahyang, tidak menunaikan hak suami dengan betul, khianat kepada suami dan tidak jaga maruahnya. Ini adalah sial pada perempuan.

Jika perempuan itu solih dia tetap baik.

Kenderaan yang sial ialah kuda, kenderaan yang tidak digunakan untuk jihad. Kenderaan tidak digunakan untuk mencari nafkah dan tidak digunakan untuk perkara diharuskan.

Guna unta untuk merompak dan untuk pergi ke tempat-tempa maksiat. Ini adalah sial pada kenderaan. Bukan sial dengan sebab langgar kucing atau biawak melintas.

Jika digunakan untuk mencari nafkah, untuk jihad fi sabilillah dan untuk majlis ilmu boleh membawa berkat kepada kenderaan.

Hadis ketiga

Sabda Rasulullah:

“Dan daripada Buraidah RA bahawa nabi SAW adalah menjadi tabiatnya tidak menganggap sial dengan burung.” (Riwayat Abu Daud)

Itu ialah diantara perkara yang diajar oleh nabi SAW untuk menguatkan hadis yang terdahulu.

KULIAH YT


1 comment:

  1. Allah tdak boleh pakai penipu...dunia ni tiada tuhan tiada syaitan hanya ada manusia bodoh percaya sama tuhan atau syitan fuckkkkk allah menyusah kn hidup orng penipu puikkkk

    ReplyDelete