Thursday, December 15, 2016

ORANG NASRANI DIANGGAP SYIRIK



Paderi-paderi dan pendita-pendita Kristian dianggap menyeleweng kerana mereka mengadakan hukum-hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Begitulah apa yang berlaku hari ini sudah ada hukum hudud dan qisas dibuat hukum-hukum lain. Serupalah dengan paderi-paderi dan pendita-pendita Kristian.

Orang-orang Nasrani dianggap syirik walaupun percaya kepada Allah tetapi mereka terpesong dari jalan sebenar apabila mereka bertuhan juga kepada al-Masih dan mengabdikan diri kepada paderi-paderi dan pendita-pendita mereka.

Mereka berselisih pendapat di kalangan mereka tentang kedudukan al-Masih. Ada kalangan mereka mengatakan sebagai Allah dan ada pula mengatakan Allah itu satu dari yang tiga. Ada juga menganggap al-Masih itu anak Allah.

Begitulah kesesatan mereka seperti yang dinyatakan dalam Quran. Tentang paderi-paderi dan pendita-pendita pula mereka tidak menganggap sebagai tuhan tetapi menyengutukan paderi-paderi dan pendita-pendita dengan Allah di dalam menghalal dan mengharamkan.

Penentuan hukum seperti itu hanya kepunyaan Allah sahaja. Tidak ada sesiapa pun yang berhak melainkan dengan izin-Nya dan dalam perkara yang diizin-Nya menurut dasar-dasar yang ditetapkan seperti para rasul yang bersifat maksum iaitu bersih daripada dosa dan berkewajipan menyatakan risalah mereka.

Begitu juga para ulamak diberi hak berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas dan menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment