Thursday, December 15, 2016

MENYEMBAH BERHALA SYIRIK



Menyembah berhala walau apa bentuk sekali pun sama ada patung dipahat daripada batu, daripada kayu, daripada gangsa, daripada tembaga atau pun gambar yang diletak di dinding dipuja dan dipuji macam tuhan. Ini tidak diizinkan sama ada menyembahnya atau mempersucikannya termasuk dalam perkara syirik.

Menyembah manusia seperti raja yang mengaku menjadi tuhan atau dia dianggap macam tuhan juga adalah tidak diizinkan. Percaya kepada raja macam percaya kepada tuhan seperti kepercayaan di kalangan orang Hindu yang mempengaruhi orang Melayu, tidak boleh derhaka kepada raja kerana jika derhaka jadi tulah, jadi macam-macam walaupun raja itu membuat maksiat.

Jika raja membuat maksiat tidak boleh ditaat kerana yang paling berkuasa ialah Allah SWT. Menganggap raja membuat apa-apa pun tidak mengapa atau tidak menjadi salah adalah tidak diizinkan.

Ini kepercayaan salah kerana bercanggah dengan aqidah Islam.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment