Penyembelihan kepada yang lain seperti
menyebut selain daripada nama Allah ketika penyembelihan.
Firman Allah Ta’ala surah al-Maidah ayat 3:
“Diharamkan
kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang
mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang
tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali
yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),
dan yang
disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan
undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari
ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama
kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut
dan gentar kepadaKu.
Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Maka sesiapa
yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia
tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Sembelihan
dengan tujuan syirik haram dimakan termasuk menyembelih untuk bersemah.
Sembelihannya tidak sah walaupun disembelih oleh tok lebai dan dagingnya adalah
bangkai dan Allah Ta’ala mengatakan sama tarafnya dengan daging babi.
Apa yang
disembelih dengan tujuan lain daripada Allah, apa lagi jika disebut dengan nama
lain daripada Allah atau disebut nama Allah tetapi tujuannya untuk memuja maka
batal dua kalimah syahadatnya. Batal sebutan nama Allah kerana
mempermain-mainkan nama Allah SWT.
Termasuk
juga sembelihan di tempat yang menjadi kelaziman tujuan syirik sama ada di
kubur atau di mana-mana sahaja. Sembelihan itu syirik sebagaimana dijelaskan
oleh hadis:
“Dari Sabit bin Adduhad RA katanya ada
seorang yang bernazar menyembelih unta di satu tempat bernama Buanah lalu dia
bertanya Rasulullah SAW maka Rasulullah SAW bersabda:
“Adakah padanya berhala yang disembah?”
Mereka menjawab:
“Tidak!”
Rasulullah SAW bersabda lagi:
“Adakah padanya perayaan mereka?”
Mereka menjawab:
“Tidak!”
Rasulullah SAW bersabda:
“Tunaikanlah nazar kamu.
Sesungguhnya tidak harus menunaikan nazar yang maksiat dan barang yang tidak
menjadi milik.” (Riwayat Abu Daud)
Hadis ini menerangkan penyembelihan
dengan tujuan syirik. Menyembelih binatang di tempat pemujaan iaitu di tempat
orang melakukan pesta, melakukan upacara jahiliah. Ini nazar tidak sah dan
haram. Nazar kepada yang haram adalah haram.
Bernazar di tempat yang nyata tidak haram
maka diizinkan.
Sebarang aanggapan dan kepercayaan adanya
sesuatu yang setara dan standing dengan Allah SWT yang dituju kepadanya doa
permohonan, cara ibadat, ditakuti bala bencana dan dijamin mendapat manfaat
semuanya itu dianggap syirik besar yang merosakkan aqidah. Syirik itu dijanji
dengan neraka dan hendak dijauhkan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment