Friday, December 16, 2016

IDEOLOGI SYIRIK


Orang-orang Yahudi mengatakan orang Kristian sesat dan orang Kristian menganggap orang Yahudi sesat.

Orang-orang Kristian menolak nabi Musa AS dan penganut Yahudi pula menolak nabi Isa AS.

“Padahal mereka baca kitab”

Mereka membaca kitab Taurah dan kitab Injil. Jadi mereka tahu apa yang ada dalam kitab-kitab itu. Walaupun kitab-kitab itu telah dipinda tetapi masih lagi terdapat beberapa ajaran asas di dalamnya.

Contohnya ialah dalam kitab Taurah menyebut mengenai Allah, berkenaan beberapa nabi dan rasul-rasul Bani Israil serta ada menyebut hukum hudud dan hukum qisas.

Dalam kitab Injil pula ada beberapa ayat antaranya ialah ayat mengisyaratkan mengenai kelahiran nabi akhir zaman, Muhamad SAW yang memiliki akhlak mulia.

Mereka baca kitab tetapi tuduh menuduh antara satu sama lain.

“Demikian juga orang-orang musyrik dari kaum jahiliah yang tidak berilmu pengetahuan.”

Mengenai ayat ini terdapat kekhilafan di kalangan ulamak tafsir. Ada ulamak mengatakan mereka itu umat-umat yang lebih dahulu daripada Kristian seperti kaum ‘Ad dan Samud dan lain-lain. Mereka menuduh kaum lain semuanya sesat.

Ulamak tafsir lain mengatakan mereka itu ialah orang-orang musyrikin Mekah. Di kalangan musyrikin menganggap kaumnya sahaja yang betul.

Penganut Hindu mengatakan Budha tidak betul dan sebaliknya. Sebenarnya dua-dua itu tidak betul belaka.

Begitu juga ideologi-ideologi yang dianuti. Ideologi moden ini merupakan syirik zaman moden. Bezanya, musyrikin zaman dulu menyembah patung dan berhala. Musyrikin yang menganut ideologi ini menyembah kebendaan.

Kapitalis dan sosialis adalah ideologi ekonomi ciptaan manusia yang berasaskan kebendaan. Tidak ada perhitungan dosa dan pahala dalam ideologi mereka.

Allah mengatakan:

“Maka Allah akan mengadili mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.”

Setelah diberitahu Islam adalah benar bermula dengan nabi SAW berhujah dengan Yahudi, terdapat ulamak-ulamak Yahudi masuk Islam. Mereka ialah Abdullah bin Salam dan Mukhaired yang masuk Islam di zaman nabi SAW. Wahab bin Munazzik dan beberapa orang lagi masuk Islam di zaman para sahabat.

Orang-orang Yahudi yang masuk Islam di zaman kita ialah Mohamad Asad, Mariam Jamilah dan lain-lain. Jika mereka mengkaji Islam dengan ikhlas diberi hidayat oleh Allah dan akan masuk Islam.

Orang Kristian Najrun di zaman nabi, berhujah dengan nabi SAW lalu Allah Ta’ala menurunkan sebahagian besar daripada surah al-Imran menerangkan hakikat yang sebenar berkenaan dengan nabi Isa AS.

Isa bin Maryam yang dilahirkan daripada ibu yang solihah dan dipelihara oleh Allah daripada dosa, dikurniakan seorang anak, Isa AS untuk menjadi dalil kekuasaaan Allah SWT.

Allah menjadikan Adam tanpa ayah dan ibu, menjadikan Hawa daripada tulang rusuk Adam tanpa ibu dan menjadikan Isa tanpa ayah.

Ayat ini dibaca oleh nabi SAW tetapi mereka degil tidak mahu masuk Islam. Akhirnya Allah mengajar nabi supaya bermubahalah tetapi mereka menolak.

KULIAH TAFSIR YT


No comments:

Post a Comment