Sabda Rasulullah SAW:
“Dan daripada Jundak bin Abdullah
bin Sufian RA katanya telah sabda oleh nabi SAW barangsiapa yang melakukan
sesuatu amalan untuk menzahirkan supaya masyhur dengannya maka Allah Ta’ala
jadikan dia masyhur dengan amalan itu.
Barangsiapa yang menunjuk-nunjuk
dengannya maka Allah Ta’ala jadikan dia menunjuk-nunjuk dengannya maka tidak
boleh pahala.” (Hadis muttafakun alaih)
Dia tidak akan mendapat
keberkatan walaupun orang itu kita lihat pada zahirnya elok dan orang pun puji
dia, tetapi buat sementara waktu sahaja kerana dalam hadis lain sabda nabi SAW:
“Barangsiapa
yang mencari keredaan Allah Ta’ala walaupun dimarah oleh orang ramai, Allah
Ta’ala reda kepadanya dan akhirnya Allah Ta’ala jadikan manusia reda kepadanya.
Barangsiapa yang
mencari keredaan manusia walaupun Allah Ta’ala murka kepadanya maka Allah
memurkainya dan Allah akan jadikan orang ramai marah kepadanya.”
Walaupun orang tidak marah pada
masa hidupnya, orang marah lepas dia mati. Lepas dia mati lagi berat orang
mengutuknya.
Oleh
yang demikian, kita mesti membuat sesuatu yang mencari keredaan Allah Ta’ala.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment