Al-Bukhari meriwayatkan daripada
Abi Said al-Khudri RA katanya:
“Al-Bukhari meriwayatkan daripada
Abi Said al-Khudri RA katanya kami satu rombongan dalam musafir dan kami
berhenti di satu tempat tiba-tiba datang seorang perempuan memberitahu kepada
kami bahawa penghulu kepada kabilah telah disengat oleh
binatang bisa dan orang-orang yang pandai di kalangan kami tidak ada yang boleh
mengubatinya.
Lalu salah seorang daripada
rombongan kami bangun berdiri dan kami kenali dia bukanlah seorang yang tahu
dalam mengubat orang sakit. Dia membaca sesuatu
tiba-tiba penghulu kabilah yang disengat oleh binatang bisa itu sembuh serta
merta.
Lalu diberi kepadanya
30 ekor kambing dan diberi susu untuk kami minum dan membawa balik 30 ekor
kambing dan susu. Kami berkata kepadanya: “Adakah awak telah melakukan jampi”
Kerana sebahagian daripada jampi
diharamkan oleh Rasulullah SAW, iaitulah jampi yang terkandung di dalamnya syirik,
menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Bila dia membawa balik 30 ekor
kambing sahabat-sahabat lain tidak mahu terlibat sebab dibimbangi kambing itu
rezeki haram kerana jampi yang syirik. Sahabat berkenaan berkata aku tidak
menjampi melainkan membaca al-Fatihah sahaja.
Kemudian para sahabat lain
berkata jangan membuat apa-apa dengan hadiah ini sehingga kita mengadap
Rasulullah SAW.
Bila tiba di Madinah kami
mengadap nabi SAW.
Nabi SAW berkata:
“Kamu tidak tahu itu
adalah surah jampi, maknanya boleh dijampi dengan surah Fatihah dan bahagilah
kambing-kambing itu dan beri aku sebahagian.”
Itu adalah halal dari
segi hukum syarak dan menunjukkan bahawa seseorang itu boleh merawat orang
sakit dengan al-Quranul Karim dan boleh mengambil upah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment