Wednesday, December 14, 2016

PELBAGAI JENIS SYIRIK



Jabatan hal ehwal kajian fatwa dan bimbingan agama kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh Almarhum Abdul Aziz bin Baz, bekas mufti Arab Saudi telah mengeluarkan risalah mengenai Islam yang diedarkan kepada jemaah Haji.

Dalam risalahnya telah memberi amaran tentang perkara-perkara yang membatalkan Islam.

Katanya ketahuilah wahai saudara seislam bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan Islam. Paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara maka jauhilah daripadanya.

Risalah ini diterjemah ke dalam beberapa bahasa: bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Urdu, Peranchis dan sebagainya.

Risalah itu diedarkan kepada semua jemaah haji beberapa tahun yang lalu iaitulah memberi amaran berhubung dengan sepuluh perkara yang banyak menjadi sebab orang-orang Islam murtad. Perkara ini dilakukan dengan cara yang jahil.

Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Syirik yakni mempersekutukan Allah SWT dalam ibadat

Fitman Allah Ta’ala surah al-Maidah ayat 72 bermaksud:

 “Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu,

Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Diantara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta pertolongan kepada orang-orang yang telah mati. Begitu juga bernazar dan menyembelih kurban kerana mereka.

Syirik adalah dosa yang paling besar disebut dalam Quran antaranya ialah ayat di atas. Disebut dalam hadis nabi SAW bermaksud:

“Jauhlah kami daripada tujuh dosa besar.”

Lalu ditanya:

“Apa dia wahai Rasulullah.”

Jawab Rasulullah SAW:

“Syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, membunuh orang dengan cara tidak sebenar, sihir, memakan riba, memakan harta anak yatim, menuduh perempuan yang tidak bersalah dengan zina dan lari di medan perang ketika menghadapi musuh.”

Tujuh perkara yang dibilangkan daripada dosa besar. Pertama syirik. Syirik tidak diampun dosanya.

Firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa orang yang melakukan syirik tetapi Allah mengampun dosa lain daripadanya.”

Makna syirik ialah menyengutukan Allah, mengadakan bandingan bagi Allah, menyerupakan Allah dari segi ketuhanan, nama dan sifat-sifatnya.

Menyengutukan Allah pada zatnya seperti menyembah berhala, menyembah raja seperti menyembah Firaun dan Namruk secara beribadat.

Menyembah iblis dan syaitan dalam melakukan upacara ibadat. Termasuklah bernazar, bernazar kepada yang lain daripada Allah. Sebagai contoh jika baik sakit bernazar kepada kubur atau kepada orang yang telah mati.

Bernazar hanya kepada Allah. Jika baik sakit hendak memberi makan orang, hendak puasa, hendak pergi haji sekali lagi dan sebagainya. Perkara sunat bila bernazar menjadi wajib. Tetapi bernazar kepada kubur adalah syirik.

 
Bersumpah dengan nama yang lain daripada Allah tidak diizinkan. Tidak boleh bersumpah dengan makhluk. Hanya Allah sahaja boleh bersumpah dengan makhluk-Nya.

WALFAJRI WALAYALIN ‘ASY (demi waktu fajar dan sepuluh malam), WALLAILI (demi malam). WASYSYAMSYI (demi matahari), WADHDHUHA (waktu dhuha), WAL’ASYRI (demi masa). Allah Ta’ala boleh bersumpah dengan makhluk-Nya untuk menunjukkan pentingnya makhluk itu menjadi dalil kepada ketuhanan dan ketuanan Allah.

Manusia mestilah bersumpah dengan nama Allah. Tidak boleh bersumpah lain daripada nama Allah.

Syirik termasuk juga syirik pada sifat Allah Ta’ala. Allah Ta’ala wajib bersifat dengan ilmu yang tidak terhingga. Tetapi percaya kepada ahli nujum yang kononnya mengetahui perkara akan datang. Percaya kepada ahli nujum adalah syirik.

Percaya kepada perkara lain macam percaya kepada tuhan adalah syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika berlaku demikian iman rusak dan amalan tidak diterima oleh Allah Ta’ala.

Firman Allah Ta’ala:

“Demi sesungguhnya telah diwahikan kepada kamu wahai Muhamad SAW dan rasul terdahulu daripada kamu, sekiranya kamu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka terhapuslah amalan kamu,”

Ibadatnya tidak diterima kerana pahala dihapuskan.

Syirik ada dua jenis iaitu syirik khafi dan syirik jali. Syirik khafi ialah syirik yang tersembunyi seperti membuat ibadat untuk menunjuk kepada orang. Niat ibadat kerana Allah Ta’ala tetapi ada perasaan untuk menunjuk kepada orang dan dia tidak melawan perasaan itu.

Syirik khafi tidak membatalkan Islam tetapi berdosa dan hilang pahala. Perkara ini hendaklah bertaubat kepada Allah Ta’ala.

Syirik jali ialah syirik yang terbuka atau syirik akhbar. Terang-terang menyembah yang lain daripada Allah Ta’ala. Terang-terang pergi cakap undang-undang manusia lebih baik daripada undang-undang Allah Ta’ala. Syirik ini membatalkan Islam.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dengan Allah SWT. Berdoa dan meminta syafaat serta bertawakkal kepada perantaraan itu. Menurut ijmak ulamak mereka yang melakukan perkara itu adalah kafir.

Sebagi contoh berdoa dan memohon dengan kubur untuk sampai ke tuhan. Di sini kubur dijadikan perantaraan. Menganggapkan kubur memberi kesan untuk memohon dengan tuhan.

Serupalah dengan orang Kristian menganggap paderi-paderi Kristian boleh mengampunkan dosa. Bila membuat dosa penganutnya memberi upah kepada paderi untuk mengampunkan dosanya dan paderi boleh bercakap dengan tuhan. Ini boleh membatalkan Islam.

Berlainan dengan tawassul.

Bertawassul ialah menjadikan orang itu sebagai orang tengah. Minta tolong orang sembahyang hajat diizinkan. Kita berdoa meminta hajat kita dan dalam masa yang sama kita berjumpa dengan orang-orang solih untuk tolong berdoa minta hajat kita disampaikan. Itu diizin oleh syarak.

Para sahabat RA bertemu dengan nabi SAW meminta nabi berdoa kepada Allah, minta beristighfar untuk dia dan dalam masa yang sama dia juga beristighfar. Ini adalah tawassur yang diizinkan oleh syarak.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka atau membenarkan fahaman ideologi mereka. Dengan demikian dia telah kafir.

Kita menganggap Hindu dan Budha yang menyembah berhala tidak kafir. Ini tidak dibolehkan. Menganggap musyrikin tidak kafir boleh jadi kafir kerana mereka dikafirkan oleh Allah Ta’ala.

Yahudi adalah kafir, Kristian adalah kafir, dan semua agama lain daripada Islam adalah kafir kerana Allah Ta’ala mengkafirkan mereka.

Begitu juga jika membenarkan ideoligi atau teori-teori moden yang berkait dengan politik (mentadbir dan memerintah), ekonomi dan seumpamanya.

Dalam Islam ada hukum yang berkait dengan politik dan ada hukum yang berkait dengan ekonomi. Tiba-tiba kita menganut nasionalisma (kebangsaan) atau pun komunisma atau pun sosialisma. Ini adalah ajaran-ajaran yang berkait dengan ekonomi dan politik yang direka oleh manusia. Kita tidak diizinkan menganggap teori ini lebih daripada Islam.

Nasionalisma ialah menjadikan fahaman cintakan kepada kaum dijadikan sebagai aqidah perjuangan. Oleh kerana mereka kaum kita, kita kena benar atau bela mereka walaupun mereka salah atau mereka zalim.

Adapun kasih kepada kaum, sayang kepada keluarga diizinkan. Sayang sebagai satu perasaan bukan sebagai satu aqidah atau pegangan.

Kita hendak bangsa kita selamat, umat kita selamat sebagaiman Allah berfirman:

“Dan berilah peringatan kepada keluarga kamu yang hampir.”

Jadi sayang kepada keluarga tidak salah. Yang salah ialah sayang dijadikan aqidah hingga mengatasi sayang kepada Islam. Islam hendaklah mengatasi segala-galanya.

Jika menganggap ideologi komunis dan sosialis yang membela orang miskin lebih baik daripada hukum zakat dalam Islam lagi. Ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir.

Islam adalah adil, Islam adalah baik kerana Islam daripada Allah Ta’ala. Kita tidak boleh menganggap lain daripada Allah Ta’ala sama dengan Allah Ta’ala. Apa lagi jika menganggap lebih baik daripada Allah Ta’ala. Ini merosakkan iman.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment