Masa sembahyang membaca
ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN. Selesai sembahyang memilih RAB lain daripada
Allah Ta’ala pula. Ikut peraturan dan undang-undang yang tidak diizin oleh
Allah Ta’ala.
Jadi mengadakan
peraturan-peraturan dan undang-undang yang tidak diizin oleh Allah Ta’ala
kerana sudah ada hukumnya termasuk dalam perkara SYIRIK.
Syirik bukan sahaja
menyembah berhala. Ramai di kalangan kita menganggap syirik hanya menyembah
berhala. Syirik itu termasuk mengadakan hukum hakam yang tidak diizinkan oleh
Allah.
Firman Allah Ta’ala:
“Adakah mereka itu
mempunyai sekutu-sekutu yakni tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, yang
mengadakan hukum hakam yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.”
Bermakna syirik bukan
sahaja menyembah berhala termasuklah mengadakan hukum dan undang-undang yang
tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Apabila Adi bin Hatim
Attoie datang mengadap Rasulullah SAW dalam keadaan memakai solib, lambang
agama Kristian yang digantung dilehernya kerana pada masa itu Adi belum lagi
masuk Islam Rasulullah membaca firman Allah Ta’ala.
Adi ialah anak kepada Hatim
Attoie seorang yang terkenal dengan pemurah. Disebut dalam kisah Arab dia
menyembelih kuda kesayangannya untuk menjamu tetamunya. Tetamu datang hendak
membeli kuda itu tetapi sudah disembelih.
Selesai makan dia bertanya tetamu
tujuan kehadiran. Tetamu jawab hendak membeli kuda yang cantik. Hatim berkata
sudah sembelih dan makan tadi.
Hatim ini dihormati oleh nabi SAW
walaupun nabi belum sempat dengannya. Dia mati sebelum kelahiran nabi Muhamad
SAW.
Apabila nabi dan para sahabatnya
menyerang kampung Adi kerana belum masuk Islam, anak-anak Hatim Attoie ditawan
dalam peperangan itu.
Apabila nabi SAW tahu mereka
adalah keluarga Hatim Attoie maka nabi SAW membebaskan mereka kerana
menghormati sifat pemurah ayahnya walaupun di zaman jahaliah.
Ini menunjukkan bahawa orang kafir
ada juga sifat baik. Sifat kemuliannya hendaklah dihargai. Kufurnya satu bab
yang lain.
Adi bin Hatim tidak dapat ditawan
dalam peperangan itu kerana berjaya melarikan diri. Lalu abangnya menulis surat
supaya datang menemui dan menyerah diri kepada nabi SAW. Nabi baik kerana
menghargai ayahnya.
KULIAH YT
SYIRIK BUKAN SAHAJA MENYEMBAH BERHALA – 3/3
Adi datang mengadap
nabi dalam keadaan memakai kalung yang dibuat daripada emas lambang agama
Kristian dan dia seorang yang alim dalam agama Kristian.
Apabila Rasulullah
melihat Adi bin Hatim memakai solib Rasulullah membaca firman Allah Ta’ala
bermaksud:
“Orang-orang Kristian
telah menjadikan paderi-paderi mereka tuhan-tuhan lain daripada Allah.”
Lalu Adi menjawab:
“Wahai Muhamad kami
tidak menyembah paderi, kami menyembah Allah juga.”
Kata Rasulullah:
“Kamu
memakai hukum yang paderi kamu buat lain daripada hukum Allah Ta’ala. Allah
Ta’ala kata haram paderi buat kata halal. Allah Ta’ala kata halal paderi ubah
jadi haram.”
Kamu
memakai hukum yang paderi buat. Bila memakai hukum yang paderi kamu buat
bermakna kamu melantik paderi menjadi tuhan kerana hak mengadakan hukum
tertentu adalah milik bagi Allah Ta’ala.”
Hadis
ini menunjukkan termasuk dalam syirik iaitu MEMAKAI HUKUM-HUKUM YANG TIDAK
DIIZIN OLEH ALLAH TA’ALA.
Jadi bila kita sebut
ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN masa sembahyang, lepas sembahyang memakai hukum
lain dan percaya kepada hukum lain apa lagi merasakan hukum itu lebih baik
daripada hukum Allah Ta’ala, maka mereka telah melakukan syirik yang amat besar.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment