Kumpulan Islam sebenar
dipelihara oleh Allah Ta’ala. Kumpulan ini ada di dalamnya syariat, ada tasawuf,
ada politik, ekonomi dan bermula daripada mengislamkan orang sehingga
mengislamkan negara yang mendaulat syariat Allah SWT.
Ulamak-ulamak yang menubuhkannya
adalah ulamak-ulamak yang berwibawa yang belajar di pondok-pondok muktabar,
yang belajar di Mekah, Mesir dan India bukan belajar ilmu di tengah jalan.
Mereka ini mengadakan muzakarah
selepas Hisbul Muslimin diharamkan. Muzakarah itu memutuskan wajib ada kumpulan
Islam yang memperjuangkan Islam supaya pemerintahan Islam ditegakkan.
Pada tahun 1951 kumpulan ini
ditubuhkan di Seberang Perai. Dalam undang-undang tubuhnya dinyatakan hukum
tertinggi ialah Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias.
Untuk memelihara dan menjamin
supaya tidak terpesong daripada ajaran Islam maka ditubuhkan Majlis Syura
Ulamak.
Kumpulan ini
menunjukkan sifat merendah diri kepada orang beriman dan menunjukkan sikap
berani kepada musuh-musuh Islam. Kerja Islam bukan kerja individu. Oleh itu
kita perlu bersikap rendah diri sesama sendiri.
Hubungan ukhuah sesama
orang beriman. Jika ada salah faham di kalangan kita, hendaklah abaikan dahulu
salah faham dan utamakan dahulu untuk menegak Islam.
Contohnya ulamak-ulamak mazhab,
iman Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi berbeza pendapat dan berdebat dalam masalah
cabang seperti bacaan qunut sembahyang Subuh dan niat sembahyang. Mereka tidak
berbalah dan bersatu hati dalam masalah asas.
Mereka yang berbalah ialah anak
murid yang kurang ilmu. Ulamak-ulamak besar tidak berbalah.
Matlamat kumpulan Islam
ialah berjuang untuk menegak
pemerintahan Islam. Jika ada selisih faham sesama sendiri selesailah dengan
cara baik. Kita bertegang hanya dengan lawan kita, dengan kawan hendaklah
saling maaf-memaafkan.
Kumpulan Islam berjihad kepada
jalan Allah dan tidak takut kepada orang yang mencela.
Apa makna jihad?
Jihad dengan makna menghadapi
kepayahan dan mengembelengkan tenaga dengan tujuan untuk meninggikan Islam
supaya agama Islam memerintah. Kita sanggup menyumbang nikmat yang tuhan beri.
Orang kaya menyumbang wangnya,
orang yang tenaga kuat sumbangkan tenaganya dan para cerdik pandai sumbangkan
fikirannya. Orang tidak mampu hendaklan berdoa kepada Allah Ta’ala.
Pernah seorang sahabat bertanya
nabi SAW:
“Ada orang yang berjuang kerana
membela puaknya, ada orang yang berjuang kerana hendak harta-benda dan ada yang
berjuang supaya orang kata berani dan bijak. Siapa dia berjuang kerana Allah
Ta’ala?”
Nabi SAW menjawab:
“Orang yang berjuang
supaya kalimah Allah itu tinggi dialah yang berjuang pada jalan Allah.”
Kelebihan berjuang pada
jalan Allah tidak terhingga pahalanya.
Firman Allah Ta’ala:
“Orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak memenangkan agama Allah sama dengan orang
yeng menanam satu biji benih, tumbuh daripadanya tujuh tangkai, tiap-tiap satu
tangkai seratus biji. Allah menggandakan sesiapa Ia kehendaki, Allah Maha luas
Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.”
Ini bererti sumbangan
fi sabilillah berlipat kali ganda sedekah. Sedekah mendapat pahala sepuluh kali
ganda, sumbangan jihad mendapat pahala tujuh ratus kali ganda.
Mengapa sangat berbeza?
Sedekah sasarannya nampak. Masjid
dibena daripada wang sedekah nampak bangunannya. Tetapi sumbangan kepada fi
sabilillah sasarannya tidak nampak.
Tidak ramai orang sanggup memberi
sumbangan fi sabilillah kerana banyak keraguan yang ditimbulkan oleh syaitan.
Oleh itu sumbangan jihad diberi pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment