Monday, December 12, 2016

SIFAT JAMAAH ISLAM



Firman Allah Ta’ala:

“Merendah diri terhadap orang-orang beriman dan menunjukkan kehebatan terhadap orang-orang kafir yang ingkar.”

Ayat ini menyatakan sifat jamaah Islam. Dalam Quran ada jamaah Islam. Jamaah yang menegakkan agama Allah (Hizbullah) disebut dalam ayat-ayat berikut:

Firman Allah Ta’ala surah al-Maidah ayat 54-56:

( 54 )   Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya.
( 55 )   Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
( 56 )   Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

Jika orang beriman menyeleweng daripada agamanya maka Allah akan melahirkan satu puak/kumpulan/satu jamaah/satu parti (parti bahasa Inggeris, Melayu ialah kumpulan. Bahasa Arab hizib), sifat-sifatnya Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah.

AZILLATIN ALAL MU’MININ AA’IZATIN ALAL KAFIRIN

Merendah diri terhadap orang-orang beriman dan menunjukkan kehebatan/kekuatan/tidak merendah terhadap orang-orang yang menentang / yang kafir, yang berjihad ke jalan Allah, yang tidak takut celaan orang mencela; itulah kelebihan yang Allah Ta’ala beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Bukan semua orang beriman dipilih, hanya orang yang Allah Ta’ala pilih sahaja berada dalam kumpulan ini.

Sesungguhnya yang menjadi wali kamu (kepimpinan kamu) yang diberi kesetiaan kepadanya ialah Allah, rasul-Nya dan orang-orang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, yang rukuk tunduk kepada Allah;

sesiapa yang berwalikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat itu maka sesungguhnya HIZBULLAH (parti) yang menegak ajaran Allah itulah yang akhirnya diberi kemenangan oleh Allah Ta’ala.

Diantaranya ialah AZILLATIN ALAL MU’MININ (merendah diri kepada orang-orang beriman) AA’IZATIN ALAL KAFIRIN (menunjukkan kemuliaan dan keberania terhadap orang-orang yang menentang/yang kafir)

Contohnya merendah diri walaupun mereka berkhilaf dalam perkara cabang tetapi bersatu dalam perkara asas. Dalam perkara asas, sembahyang lima waktu wajib dan ini tidak ada tolak ansur. Khilaf dalam perkara cabang.

Ada ulamak mengatakan BILMILLAHIR RAHMANIR RAHIM daripada Fatihah dan ada ulamak mengatakan BILMILLAHIR RAHMANIR RAHIM bukan daripada Fatihah.

Ini khilaf antara imam Syafie dengan imam Ahmad bin Hambal dan beberapa imam lain. Imam Ahmad bin Hambal murid imam Syafie, imam Syafie murid imam Malik. Imam Syafie murid kepada imam Hassan as-Syaibani murid kepada imam Hanafi. Imam Daud Azzahiri yang bukan mazhab empat murid kepada imam Syafie.

Mengapaa timbulnya berlainan?

Kerana sahabat-sahabat nabi berhijrah. Muaz bin Jabar ditugaskan ke Yaman. Abdullah bin Abas ditugaskan ke Taif, Abdullah bin Umar ditugaskan ke Mekah dan ada sahabat ditugaskan di Bahrain. Bila nabi bersabda di Madinah dalam masalah cabang sahabat tersebut tidak ada.

Kadang-kadang sahabat mendengar nabi membaca BILMILLAHIR RAHMANIR RAHIM kuat dan kadang-kadang nabi membaca perlahan. Bila membaca perlahan imam Syafie kata nabi baca juga maka menjadi wajib. Imam Ahmad bin Hambal berkata sunat sahaja, tidak wajib. Itu sahaja khilaf dan mereka tidak berbalah antara satu sama lain.

Imam Syafie mengatakan jika hadis itu hadis sahih itulah mazhab aku. Jika ada hadis sahih lain daripada pendapat aku maka pakai pendapat itu.

Imam Malik mengatakan cakap aku dalam perkara tidak ada nas boleh jadi dipakai dan boleh jadi ditolak kerana cakap manusia ada yang diterima dan ada yang ditolak kecuali cakap orang yang ada dalam kubur ini sambil menunjuk ke arah kubur nabi SAW.

Jadi mereka bertelingkah dalam bab cabang tetapi tidak berkelahi.

AZILLATIN ALAL MU’MININ (merendah diri kepada orang-orang beriman)

Orang berkata kepada imam Malik: “Wahai imam! Syafie anak murid tetapi lawan tuan guru, macam mana?”

Imam Malik berkata: “Boleh jadi pendapat Syafie betul pendapat aku salah.”

Orang bertanya imam Syafie: “Macam mana imam Ahmad bin Hambal anak murid kamu lawan tuan guru.”

Imam Syafie menjawab: “Ini pandangan aku dan boleh jadi pendapat dia betul.”

Ini adalah sifat orang beriman, kumpulan Islam. Kumpulan Islam ini walaupun bertelingkah dalam perkara cabang mereka tidak berkelahi dan merendah diri antara satu sama lain.

Imam Syafie pergi sembahyang Subuh di Iraq tidak membaca qunut. Orang bertanya kenapa tidak membaca qunut dan tidak sujud sahwi.

Imam Syafie berkata: “Saya menghormati Abu Hanifah.”

Hari ini kita berbalah dalam perkara cabang. Orang ini kata kena baca qunut dan orang itu kata tidak payah baca qunut. Dalam bab khilafiah sampai berbalah. Pondok dengan pondok berlawan. Guru sama guru berhujah sampai berbalah antara satu sama lain. Ini bukan sifat kumpulan Islam.

Zaman dahulu ulamak-ulamak bertelingkah dalam masalah cabang, tetapi mereka bersatu dalam berjihad dan perjuangan. Oleh itu Islam mendapat kemenangan.

Hari ini orang Islam berbalah dalam masalah cabang, negeri orang kafir takluk kerana tidak ada dalam diri mereka AZILLATIN ALAL MU’MININ (merendah diri kepada orang-orang beriman) AA’IZATIN ALAL KAFIRIN (menunjukkan kemuliaan dan keberania terhadap orang-orang yang menentang/yang kafir). Ini sifat kumpulan Islam.

Firman Allah Ta’ala:

“Muhamad Rasulullah dan orang-orang yang bersama dengannya sangat garang terhadap orang-orang yang menentang dan berkasih sayang sesama mereka.”

Ayat ini menyatakan sifat-sifat para sahabat RA. Sifat-sahabat nabi disebut dalam Quran, disebut dalam Taurah dan disebut dalam Injil menyebabkan penganut-penganut agama kitabi bila melihat nabi SAW dan para sabahatnya serupa dalam Taurah menyebabkan ada kalangan mereka masuk Islam.

Diantara sifat para sahabat nabi ialah berkasih sayang sesama mereka dan mereka garang terhadap orang yang menentang. Mereka juga bertengkar tetapi bila sedar, mereka tunduk dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Apabila Abu Zar berkata kepada Amar bin Yasir anak kepada seorang hamba abdi. Abu Zar berbalah dengan Amar bin Yasir.

Abu Zar berkata: “Wahai anak kepada perempuan yang hitam legam.”

Lalu nabi berkata: “Wahai Abu Zar! Kamu ini seorang yang ada perangai jahiliah.”

Bila mendengar nabi berkata perangai jahiliah Abu Zar terus meminta maaf dan merebahkan dirinya menyuruh Amar jijak kepalanya.

Ini menunjukkan mereka berasa sayang sesama mereka dan hebat dengan musuh-musuh Islam.

Ada orang Islam yang salah, orang Islam yang silap dan orang Islam yang jahil. Mereka yang salah, silap dan jahil dimaafkan.

Seorang sahabat, orang Badwi yang datang dari jauh mengatakan Rasulullah seorang yang sangat baik dan sangat lembut. Dia pernah membuat salah nabi tidak pernah tamparnya, dia tidak serengeng tetapi menegur dengan lemah lembut.

Satu hari aku datang ke Madinah dan bersembahyang bersama dengan orang ramai dalam masjid. Tiba-tiba seorang di kalangan para jamaah bersin.

Lalu aku berkata: “YARHAMUKALLAH”

Orang lain celik mata melihat aku.

Lalu aku kata mengapa melihat ke aku. Bercakap ketika sedang bersembahyang. Mereka menepuk paha kerana marah bercakap. Aku pun diam

Setelah selesai sembahyang nabi bersabda:

Sesungguhnya sembahyang ini bukan tempat bercakap. Sembahyang kita bermunajat kepada Allah Ta’ala yang ada di dalam takbir, tahmid, tasbih dan tidak boleh bercakap perkara lain walaupun percakapan itu berkait dengan zikir yang di luar sembahyang.”

Rasulullah menegur aku tetapi Rasulullah tidak menyuruh aku mengulangi sembahyang.

Ini menunjukkan perbuatan orang jahil dalam sembahyang yang membatalkan sembahyang tidak batal sembahyang.

Ini hadis menjadi dalil kepada para ulamak mengatakan membuat sesuatu kerana jahilnya tidak batal sembahyangnya.

Jadi sayang kepada orang-orang beriman dan menunjukkan sifat tegas kepada mereka yang menentang Islam.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment