Monday, December 12, 2016

BARAT TIRU ISLAM



Pemimpin yang memperhambakan diri kepada Allah iaitu pemimpin yang ada perhitungan dosa dan pahala, bila memerintah negara wajib berlaku adil. Jika membuat zalim berdosa dan masuk neraka pada hari kiamat.

Rakyat diajar supaya taat kepada pemimpin yang adil. Jika pemimpin memerintah tidak adil rakyat tidak boleh taat. Kalau layak pecat maka hendaklah pecat.

Nabi berpesan dalam satu hadis:

“Di atas seseorang pemimpin kamu boleh dengar dan boleh taat selagi dia tidak memerintah dalam perkara maksiat (perkara kemungkaran), bila dia menyuruh perkara kemungkaran tidak harus taat dan tidak harus patuh lagi.”

Bila Saidina Abu Bakar dipilih menjadi khalifah (ketua negara) selepas nabi Muhamad SAW wafat, Saidina Abu Bakar menyampaikan ucapan:

“Wahai tuan-tuan saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal saya bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu, sekiranya saya baik taatlah kepada saya, sekiranya saya tidak betul perbetullah saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat.

Taat kepada saya selagi saya taat kepada Allah dan rasul, jika saya tidak taat kepada Allah dan rasul jangan taat kepada saya.”

Inilah yang diajar oleh Islam. Pemimpin kena mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Orang Eropah tidak mengetahui memilih pemimpin secara demokrasi. Mereka tidak tahu memilih pemimpin secara pilihan raya melainkan setelah mereka belajar daripada kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam dalam ilmu politik.

Mereka membaca kitab Ahkam al-Sultaniah karangan al-Mawardi, mereka membaca Mukaddimah Ibni Khaldum dan mereka membaca kitab Siasah Syariah karangan Ibni Tamiah.

Sebelumnya di England, bila tidak setuju dengan kerajaan, mereka tangkap raja, tangkap perdana menteri dan membunuhnya. Kemudian mereka melantik pemimpin lain pula.

Di Peranchis, bila tidak setuju dengan raja dan menteri-menteri, mereka tangkap dan memancung kepalanya.

Setelah mereka membaca kitab-kitab Islam yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Latin, bahasa Belanda, bahasa Jerman dan bahasa Peranchis barulah orang barat membuat demokrasi moden

Tiap-tiap lima tahun rakyat diberi peluang menilai pemimpin dan parti yang memerintah. Jika parti dan pemimpinya memerintah dengan adil rakyat selesa dan aman, rakyat akan memilih mereka lagi.

Jika parti dan pemimpin yang memerintah lemah, rasuah dan sebagainya maka rakyat akan memilih parti lain dan pemimpin lain memerintah.

Nabi menyebut dalam satu hadis:

“Barangsiapa yang memilih pemimpin kerana kebendaan, bukan kerana agama dan bukan kerana baiknya maka dia telah mengkhianati Allah dan rasul.”

Nabi juga menyebut dalam hadis:

“Barangsiapa menjadi pemimpin menipu rakyat dan naik dengan tipu mereka tidak mencium bau syurga.”

Tetapi di akhir zaman hadis-hadis itu tidak dipatuhi sepenuhnya.

Nabi menyebut dalam hadis:

“Ingat! Ambil pemberian kerana pemberian itu hak kamu. Jika pemberian itu rasuah dalam perkara agama, jika kamu tidak mengambil pemberian itu tuhan akan menghalang kamu dari menjadi bangsat dan tidak berhajat kepada orang.

Jika kamu mengambil pemberian itu, pemberian itu tidak berkat maka kamu akan menjadi bangsat selama-lamanya.”

Berapa ramai orang menjadi bangsat, yang kaya bangsat dan yang jutawan pun bangsat, bila mati menanggung hutang berjuta-juta kerana hasil kekayaan dengan memilih pemimpin, bukan pilih pemimpin kerana amanah untuk menegakkan syariat Allah memerintah negara.

Inilah perlunya mereka memperhambakan diri kepada tuhan punya dunia ini. Memperhambakan diri kepada tuhan bukan sahaja bab sembahyang termasuklah bab memerintah negara.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment