Nabi Muhamad SAW tidak menghalang
orang musyrikin menggunakan kalimah Allah. Tetapi diperbetulkan. Nabi Muhamad
SAW menulis surat kepada raja-raja beragama Kristian seperti raja Rome, raja
Habasah dan raja Mesir menyebut:
“Wahai golongan ahli kitab marilah kepada
kalimah yang sama diantara kami dan kamu. Kami kata Allah kamu kata Allah.
Tetapi kita tidak boleh beribadat melainkan kepada Allah. Mengapa kamu
menyembah solib, kamu sembah patung, kamu sembah berhala dan kita tidak boleh
menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Mengapa kamu melakukan syirik. Ini tidak
betul. Kita tidak boleh melantik sesama kita paderi-paderi, pendita-pendita,
pemimpin-pemimpin menjadi tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Bila menyebut
Allah tidak boleh menyembah yang lain daripada Allah. Bila menyebut Allah tidak
boleh melantik pemimpin-pemimpin macam Allah.”
Apa makna melantik
pemimpin-pemimpin macam Allah?
Ini dijelaskan oleh hadis:
Apabila Hadi bin Hatim RA yang masih menganut
agama Kristian datang mengadap Rasulullah SAW dalam keadaan memakai solib
tergantung dilehernya lalu Rasulullah menyebut firman Allah Ta’ala:
“Mereka itu telah melantik paderi-paderi dan
pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tuhan yang lain daripada Allah”.
Lalu Adi bin Hatim menjawab:
“Wahai Muhamad kami penganut
Kristian tidaklah menyembah paderi dan pendita, kami juga menyembah Allah
seperti kamu.”
Jawab Rasulullah SAW:
“Paderi-paderi kamu meminda hukum
Allah; yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Kamu memakai
hukum-hukum yang dipinda ini. Jadi inilah makna kamu melantik tuhan-tuhan yang
lain daripada Allah.”
Ini menunjukkan bahawa mereka yang
menggunakan kalimah Allah dalam masa yang sama memuja solib, menganggap Allah
ada anak dan isteri. Ini salah dengan makna Allah.
Begitulah juga, mereka yang
menggunakan kalimah Allah dalam masa yang sama menolak hukum hudud, menolak
hukum qisas dan memakai undang-undang manusia. Mereka ini tidak layak
mempertahankan kalimah Allah.
Biarlah mereka menggunakan kalimah Allah.
Tanggungjawab kita ialah menjelaskan makna sebenar kalimah Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment