Saturday, December 17, 2016

TAMKIN (KUASA)



Allah mengatakan mesti dirikan negara yang mempunyai lima konsep:

“Orang-orang yang kami berikan mereka tamkin (kuasa), mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, mereka menyuruh kepada yang baik, mereka mencegah kemungkaran dan bagi Allah akibat segala urusan.”

Orang Islam mesti melaksanakan lima konsep untuk mendaulatkan Islam.

Pertama:

Orang yang kami jadikan mereka berkuasa (tamkin).

Berkuasa macam mana?

Agama Islam agama yang berkuasa kerana firman Allah Ta’ala:

“Allah berjanji kepada orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang solih bahawa Allah akan jadikan mereka itu golongan yang menegakkan khilafah (golongan yang memerintah), Allah menjadikan agama yang diredha.”

British datang menjadikan agama Islam tidak berkuasa. British membuat pejabat agama bertujuan untuk mentadbir agama. Dia yang mentadbir agama bukan agama yang mentadbir dia.

Pejabat hutan ialah pejabat yang mentadbir hutan. Pejabat Haiwan ialah pejabat yang mentadbir haiwan. Pejabat pertanian mentadbir pertanian.

Jadi pejabat agama ialah pejabat yang mentadbir agama. Bukan agama yang mentadbir dia. Inilah yang menjadi masalah.

Agama tidak ada tamkin (kuasa). Agama dikurung dan tidak ada kuasa pemerintahan. Kita mesti menegakkan suatu pemerintahan yang menjadikan agama Islam berdaulat.

Agama lain tidak ada politik. Agama Yahudi tidak ada politik dan agama Kristian tidak ada politik. Tetapi Islam ada politik. Oleh itu kita mesti tonjolkan Islam agama berpolitik, yang mentadbir dan memerintah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment