Monday, December 12, 2016

MEMINTA BANTUAN DENGAN ORANG BERAMAL ILMU SIHIR



Kalau kita tahu dengan yakin orang itu beramal ilmu sihir tiba-tiba kita minta pertolongannya seperti berubat, memohon hajat kita maka secara langsung kita terlibat dengan amalan-amalan sihir kerana dia juga meminta bantuan daripada jin atau pun syaitan.

Jadi jangan sekali-kali kita mendampingi orang-orang yang beramal ilmu sihir untuk menjauhkan diri daripada subhat.

Bukan senang hendak mengecam pengamal ilmu sihir. Ada orang beramal untuk diri sendiri seperti mereka yang memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Ada orang yang beramal ilmu sihir untuk tujuan kedukunan.


Pengamal silap mata juga pengamal ilmu sihir. Jika manusia biasa boleh membuat perkara-perkara yang luar biasa, perkara yang tidak boleh diterima oleh logik akal maka sahlah dia itu mengamal ilmu sihir.

Orang yang terlibat dengan pembomoran kita boleh kenal dengan melihat bagaimana cara dia berubat. Jika dia jampi tanpa menggunakan ayat Quran atau hadis jelaslah dia pengamal ilmu sihir kerana dia meminta bantuan lain daripada Allah SWT.

Sehubungan itu jika dia menggunakan peralatan yang pelik dalam proses pembomorannya seperti menggunakan tengkorak dan barang-barang lama maka itu sahlah dia menggunakan ilmu sihir.

Selepas selesai pembomoran apa barang yang diberi untuk kita pakai. Jika diberi tangkal untuk dipakai maka sahlah bomoh itu beramal ilmu sihir mengikut pendapat kebanyakan ulamak. Ada ulamak yang mengizinkan tangkal yang mengandungi ayat-ayat Quran.

Ulamak yang mengatakan memakai tangkal salah dari segi agama dan berdosa dengan berpandukan hadis SAW bermaksud:

“Sesungguhnya jampi serafah dan segala tangkal azimat yang isteri lakukan untuk menarik suaminya supaya terpikat kepadanya termasuk amalan syirik yang di larang oleh Islam.”

Oleh itu jika kita mengetahui seseorang itu pengamal ilmu sihir maka janganlah kita mendampingi mereka supaya tidak terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment