Orang-orang yang
beramal ilmu sihir ialah orang-orang yang berdamping rapat dengan syaitan
bertujuan memohon bantuan untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Syaitan
ini tidak ada tujuan lain melainkan untuk kejahatan.
Allah Ta’ala menyebut dalam surah
al-Baqarah ayat 169 bermaksud:
“Ia hanya menyuruh kamu melakukan
kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata
(dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”
Jadi ayat itu jelas menyatakan
risiko orang beramal ilmu sihir ini mengamal kesesatan yang amat nyata, yang
menyimpang jauh daripada kebenaran.
Firman Allah Ta’ala dalam surah
Zukhruf ayat 36 bermaksud:
“Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”
Pengamal ilmu sihir
tidak menurut perintah Allah maka Allah Ta’ala akan meregukannya dengan jin
sebagai kawan rapat (qorin) yang akan menyesatkannya.
Seseorang mempunyai
syaitan sebagai qorin risikonya amat sukar bila hendak meninggal dunia. Bila
dia meninggal dunia datanglah gangguan-gangguan daripada qorinnya.
Kita pernah dengar jenazahnya
terlalu berat untuk diusung kerana banyak jin yang menumpang dalam keranda
sebagai gangguan. Kadang-kadang orang mati boleh bergerak kerana qorin yang
menggerakkannya.
Jadi kita dilarang
berdamping dengan jin untuk apa tujuan sekali pun. Allah Ta’ala memberitahu
kita bantuan mesti diminta dengan Allah bukan dengan jin.
Biasanya orang-orang yang meminta
pertolongan dengan jin ialah orang-orang yang lemah imannya, orang-orang yang
jauh daripada rahmat Allah.
Sihir ialah adalah dosa
besar dan dalam amalan sihir itu sendiri terlibat secara langsung dengan amalan
syirik kerana meminta bantuan jin.
Islam melarang keras
mendampingi jin dan syaitan. Iblis yang membisik-bisik itu pun tidak dibenarkan
kita mengikuti hasutannya kerana tujuannya untuk kejahatan, apatah lagi
mengambil jin sebagai qarin.
Oleh sebab itu jauhkanlah
daripada amalan sihir yang menyebabkan kita berpisah jauh daripada rahmat Allah
SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment