Tuesday, December 13, 2016

SIHIR



Sihir ialah menggunakan ilmu secara ghaib, mengguna syaitan untuk merosakkan orang, menyakitkan orang, mematikan orang, memisahkan suami dan isteri, memisahkan keluarga, dan seumpamanya.

Nabi pernah kena sihir oleh orang Yahudi sehingga hampir hendak mati. Tetapi diselamatkan oleh Allah Ta’ala.

Ramai ulamak mengatakan orang yang beramal ilmu sihir kafir (keluar daripada agama Islam). Maka dikenakan hukum bunuh kerana murtad.

Mazhab Syafie dan mazhab sependapat dengannya mengatakan sihir adalah dosa besar. Jika sihirnya menyebabkan orang mati maka dia kena hukum bunuh. Ini tiada dalam undang-undang manusia tetapi ada dalam undang-undang Islam. Ada dalam kitab fekah.

Ini menunjukkan sepurnanya undang-undang Islam. Tetapi undang-undang manusia tidak sempurna.

Orang beramal dengan ilmu sihir, yang bertemu dengan tukang-tukang sihir, upah tukang sihir, bertanya tukang sihir dan tunjuk tempat tukang sihir semuanya dosa besar.

Kita memohon kepada Allah SWT agar dijauhi daripada itu semua.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment