Antara sihir ialah
membunuh orang dengan cara santau sebagai contoh. Orang beramal dengannya ada
ulamak mengatakan kafir dan ada ulamak mengatakan dosa besar.
Allah Ta’ala telah menguji nabi kita Muhamad SAW, disihir oleh Yahudi bernama Lavid tetapi
Allah Ta’ala telah menyelamatkan nabi SAW.
Nabi SAW telah menyebut
dalam beberapa hadis antara rawatan sihir itu ialah membaca Kul Auzubirrabbil
Falak dan Kul Auzubirrabinnas, dua surah diturunkan untuk berobat nabi SAW.
Menjadi
amalan nabi SAW untuk mengawal dirinya daripada sihir. Baginda sebelum tidur
membaca surah al-Fatihah, membaca 5 ayat awal surah al-Baqarah (Alif Lam Mim
sehingga … muflihun), membaca ayat qudsi, membaca ayat akhir surah al-Baqarah
iaitu bermula Amanarrarul atau Lillahima fissama hingga akhir dan dibacanya
tiga Kul. Tiap-tiap kali dibaca 3 Kul nabi meniup kedua-dua tapak tangan dan
menyapu badannya mana yang sampai dengan tapak tangan.
Itu disebut dalam kitab-kitab
hadis dan kitab-kitab tafsir untuk menjadi benteng sihir yang mengguna syaitan,
iblis dan seumpanya.
Allah Ta’ala menyebut:
“Dan tidaklah mereka dapat
memudharatkan dengan sihir itu akan seseorang melainkan dengan izin Allah.”
Jadi jangan takut
kepada sihir kerana mereka tidak boleh memberi mudharat. Semuanya berada di
bawah kekuasaan Allah Ta’ala.
Bagaimana pula orang dan nabi pun
kena sihir?
Itu adalah kerana Allah
Ta’ala hendak menguji. Orang yang kena sihir yang sabar maka mendapat pahala
dan penyihir menjadi bangga dan rosak aqidahnya. Allah hendak memberi pahala
dan menaikkan darjat nabi SAW.
Kita perlu sedar bahawa sesuatu
berlaku dengan kehendak Allah Ta’ala, dengan keizinan-Nya. Ada perkara-perkara
berlaku dengan izin dan redha Allah dan sebaliknya ada tanpa keredhaan Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment