Terdapat kekhilafan mengenai
perkara yang dibaca oleh syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman AH.
Di kalangan ulamak salaf (ulamak
sahabat dan tabi’) ada yang mengatakan perkara itu berhubung dengan jin-jin
kafir iaitu syaitan dapat mencuri rahsia-rahsia langit sebelum kelahiran nabi
Muhamad SAW.
Rahsia langit yang dicuri
dibukukan kerana diantaranya dimaklumkan oleh syaitan kepada ahli-ahli nujum
dan bomoh-bomoh yang bersahabat dengannya. Ilmu ini pula ditokok tambah dengan
berbagai-bagai pembohongan.
Bila berlaku pembohongan dan
kesesatan syaitan membantu untuk melakukan perkara-perkara ganjil sama ada
membunuh orang, menyakitkan orang, menunjukkan perkara pelik, yang berlaku
daripada ahli-ahli sihir.
Ilmu ini diambil daripada
kitab-kitab yang dikumpul oleh bomoh-bomoh ahli sihir dengan bantuan syaitan
dan jin kafir. Nabi Sulaiman AS telah merampas semuanya lalu diletak di dalam
peti dan ditanam di bawah singgahsananya.
Sebelum nabi Sulaiman AS wafat
jin-jin tidak boleh mendekati peti itu. Kalau mendekati jin-jin itu akan
terbakar dengan pertolongan Allah, mukjizat diberi kepada nabi Sulaiman AS.
Apabila nabi Sulaiman
wafat, dalam surah lain menceritakan jin-jin tidak boleh menunjuk sombongnya
kerana mereka tidak sedar nabi Sulaiman wafat. Nabi Sulaiman wafat dalam
keadaan duduk di atas kerusi memegang tongkat.
Manusia mengatahui lebih dahulu
nabi Sulaiman wafat. Bila tongkatnya dimakan oleh anai-anai dan nabi Sulaiman
rebah baharulah jin-jin tahu nabi Sulaiman sudah wafat. Jasad nabi-nabi tidak hancur dan tidak berbau sebagaimana jasad manusia
biasa.
Dalam masa kewafatan
nabi Sulaiman AS syaitan dan iblis berjumpa dengan manusia untuk menggali di
bawah singgahsana nabi Sulaiman bagi mendapatkan peti yang dikatakan di
dalamnya ada ilmu-ilmu hikmat.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment