Nilai adil boleh dilihat antara
majikan dengan pekerja atau orang bawahan. Walaupun sebagai ketua atau majikan,
kita kena adil kepada orang bawahan.
Contoh yang paling hebat dalam sejarah dan
contoh itu ialah Rasulullah SAW. Sesuai dengan status nabi:
“Adalah pada diri Rasulullah SAW itu contoh
tauladan yang paling baik.”
Mengikut riwayat daripada Annas bin Malik:
“Saya berkerja dengan nabi SAW selama sepuluh
tahun. Dalam tempuh itu nabi SAW tidak pernah mengatakan oh atau pun ah atau
dengan bahasa kita ialah sergah. Nabi tidak pernah sergah.”
Oleh itu dalam konsep keadilan kita
mestilah adil dalam berkata-kata. Kita mesti bersikap adil dalam melapaz
kata-kata.
Allah SWT menyebut dalam satu ayat maksudnya:
“Kalau kamu berkata sesuatu
hendaklah kamu berkata dengan kata yang adil walaupun sesama kaum kerabat
kamu.”
Dalam masa sepuluh tahun Annas berkata nabi tidak
pernah bertanya kepadanya:
“Wahai Annas fasal apa kamu buat begini atau
pun fasal apa tidak buat begitu.”
Itulah nilai adil yang ada pada Rasulullah
SAW.
Kadang-kadang nilai adil itu sampai
kepada musuh.
Dalam peperangan nabi mengarahkan
jangan menebang pokok, jangan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua,
jangan bunuh ahli ibadat yang sedang beribadat, jangan musnahkan tempat ibadat
dan tempat-tempat awam.
Tetapi dunia hari ini tidak mengindahkan
apa-apa adat apabila berperang. Mereka mengebom apa sahaja tanpa mengira
kanak-kanak, orang-orang perempuan, tempat-tempat ibadat dan seumpamanya.
Nilai adil jika dipraktikkan dalam
kehidupan, in sya Allah kehidupan akan menjadi aman. Dalam rumah tangga jika
konsep adil dilaksanakan rumah tangga akan jadi bahagia.
Dalam sesebuah syarikat itu jika
pengurus bersikap adil in sya Allah tidak ada tikam menikam di kalangan
kakitangan.
Jika konsep adil dilaksanakan dalam
diri kita, dalam masyarakat dan dalam semua urusan hidup in sya Allah kita akan
mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
Jadi kita perlu bermuhasabah dalam
diri kita adakah kita telah melakukan konsep adil itu.
Allah Ta’ala menyuruh hamba-Nya
bersikap adil dengan binatang, pohon kayu apatah lagi sesama manusia.
Jika kita melaksana sikap adil Allah Ta’ala
memberi keberkatan dalam hidup kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment