Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Bacalah kepada orang-orang Yahudi kisah
seorang yang kami berikan kepadanya ilmu berkenaan kitab.”
Para ulamak mengatakan yang dimaksudkan
‘seorang diberikan ilmu’ ialah Bal’am Baura, seorang alim di
kalangan ahli kitab yang bukan sahaja tahu kitab bahkan doanya diperkenankan
oleh Allah SWT.
Apabila nabi Musa AS hendak menentang sesuatu
kaum yang menentang agama Allah, tiba-tiba kaum itu berjumpa dengan Bal’am
Baura meminta supaya menyokong perjuangannya. Pada mulanya Bal’am tidak mahu
bersama dengan perjuangan itu.
Akhirnya golongan ini berjumpa dengan isteri Bal’am dan memberi kepadanya harta benda dan perhiasan
yang mahal. Lantas interinya terpengaruh dan mempengaruhi Bal’am dan akhirnya
menentang nabi Musa AS dan mati menjadi kafir dicabut imannya walaupun dia
seorang ahli ilmu dan doanya diperkenankan oleh Allah SWT.
Allah Ta’ala menurut kehendaknya di atas
dunia.
Ini ialah untuk menguji orang-orang beriman
kepada Allah sama ada mereka sabar dalam perjuangan untuk menegakkan agama
Allah atau pun mereka ingin melihat perubahan yang cepat sebagaimana doa Bal’am
boleh berlaku dengan cepat.
Ini adalah ujian daripada Allah
Ta’ala kepada orang-orang beriman.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment