Soalan 1
Adakah orang yang tidak dapat
berinteraksi dengan baik dikatakan orang itu terkena sihir.
Jawapan:
Orang yang tidak dapat
berinteraksi dengan baik tidak semesti terkena sihir. Mungkin ada sebab-sebab
lain.
Orang yang terkena
sihir mestilah berubat dengan cara-cara yang diizinkan oleh syarak dan kena
banyak beribadat. Dengan banyak berzikir dia akan diberi ketenangan oleh Allah
SWT dan dapat berinteraksi dengan baik dengan orang ramai.
Jika kita dapati ada
gangguan dari segi emosi, fikiran dan sebagainya kita hendaklah berubat dengan
orang arif dari segi perubatan secara Islam.
Soalan 2:
Orang yang terkena sihir biasanya
tidak tahu yang dia terkena sihir. Boleh jelaskan.
Jawapan:
Mingikut kaedah rawatan dalam
Islam orang yang rapat dengan Allah SWT dapat menghalang diri daripada gangguan
syaitan.
Bila kita lihat
seseorang itu luar biasa keadaannya kita suruh dia berdoa kepada Allah SWT.
Amalkan antarany surah al-Falak dan an-Nas serta ayat Qudsi. Ini semua amalan
kalau tidak kerana sihir pun dia mungkin dikuasai oleh syaitan.
Dengan mengamalkan surah-surah
itu dia tetap mendapat pahala sama ada dia terkena sihir atau pun tidak. Quran
bila dibaca mendapat pahala. Pahalanya ialah setiap huruf diberi sepuluh
pahala.
Soalan 3:
Bagaimana seorang
manusia biasa yang mengatakan boleh pergi ke Mekah dengan berjalan kaki dan
dalam masa dua jam boleh balik pula ke Malaysia sedangkan nabi berhijarah ke
Madinah dengan menaiki kuda.
Jawapan:
Jika ada orang mendakwa
semalam pergi ke Mekah sekarang dia ada di sini. Ini sah dia gila. Jika tidak
gila memang dia terlibat dengan sihir.
Kita kata para wali boleh pergi
sana dan sebagainya, orang itu bergelar wali selepas dia mati. Semasa hidupnya
orang tidak tahu dia wali dan dia sendiri tidak tahu yang dia wali. Kita
bercakap keajaipannya selepas dia mati dan itu adalah karomah orang-orang
solih.
Firman Allah Ta’ala:
“Orang itu kufur kepada Allah dan
mati dalam keadaan kufur dia dilaknat oleh Allah.”
Jika dia mati dalam keadaan
beriman maka perkara luar biasa berlaku masa hidup adalah karomah.
Jadi jika dalam masa hidupnya dia
mendakwa boleh berjalan atas air adalah karut.
Soalan 4:
Menjampi ayat Quran pada air
kelapa dan dibaca pula dalam bahasa Melayu, bolehkan air kelapa itu diminum
Jawapan:
Jampi atau rukyah, nabi SAW pernah
bersabda:
“Selama mana jampi yang
digunakan oleh seseorang walaupun bukan daripada bahasa Arab tetapi tidak ada
ungkapan karut marut melainkan ungkapan berdoa kepada Allah SWT maka
dibolehkan.
Boleh ditiup
jampi-jampi yang tidak bercanggah dengan syarak terhadap makanan dan minuman.
Tetapi jika jampi itu bersifat menyeru jin-jin maka tidak diizinkan.
Soalan 5:
Adakah silat-silat bercampur
dengan sihir.
Jawapan:
Dalam ilmu silat yang dipanggil
silat seguru, bila dia niat sahaja contohnya seperti Hang Tuah dan apa sahaja
maka berlakulah gerakan dengan sendirinya. Ini mesti ada makhluk lain.
Siapa makhluk itu?
Malaikat tidak terlibat
dengan kerja itu. Jadi mestilah jin. Jika ada silat yang semacam itu maka di
belakangnya adalah jin.
Tetapi mereka yang terlibat
dengan silat berkata sebelum silat mereka baca syahadat dan berzikir. Ini semua
topeng sebenarnya. Jadi jangan terpengaruh walaupun gurunya kata tidak pernah
memakai jin.
Dalam kaedah Islam setiap perkara
yang dibuat mesti menepati syarak. Tidakkah pelik seorang yang tidak pernah
belajar silat tetapi hanya dengar berzikir boleh bersilat.
Guru-gurunya sejak dulu
lagi menggunakan jin menyerah kepada muridnya, muridnya serah kepada murid
berikut. Penyerahan titih menitih, entah berapa generasi tidak diketahui.
Jadi yakinlah ilmu
silat begitu ada kaitan dengan jin.
Soalan 6:
Minta terangkan tentang malaikat
Harut dan Marut
Jawapan:
Harut dan Marut dijelaskan dalam surah
al-Baqarah ayat 102.
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua
malaikat:
Harut dan
Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya
kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
Dalam
pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang
boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu
seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah
mereka mengetahui.”
Ada dua pandangan ulamak tafsir mengenai ayat
itu.
1. Pandangan ini mengatakan Harut
dan Marut bukan dari kalangan malaikat. Mereka daripada manusia biasa sahaja
tetapi ada mempunyai kedudukan.
2. Mengatakan bahawa Harut dan
Marut adalah malaikat kerana Allah SWT telah menurunkan beberapa ilmu sihir
dengan perantaraan mereka. Ini bukanlah bertujuan mengembangkan ilmu sihir dan
merosakkan masyarakat.
Sebenarnya malaikat mendedahkan
ilmu sihir kepada orang supaya tidak terlibat dengan sihir dan mengelakkan diri
daripada menjadi kufur dengan sebab ilmu sihir itu.
Soalan 7:
Berubat sihir dengan memindah
penyakit kepada telur.
Jawapan:
Merujuk kepada kisah
Imam Ahmad ibni Hambal yang diminta berubat orang kena gangguan jin. Imam Ahmad
cuma memberi terompahnya dan disuruh pukul kepala lelaki yang terkena gangguan
jin itu.
Bila terompah hendak dipukul
kepala lelaki yang tidak sedar diri terkena gangguan jin itu, lalu jin itu
bercakap melalui lidah lelaki itu:
“Oleh kerana Imam Ahmad
bin Hambal taat kepada Allah maka aku akan taat kepada perintahnya.” Maka jin
itu pun keluar daripada lelaki itu dengan izin Allah.
Selepas Imam Ahmad mati berlaku
perkara yang sama dan anak muridnya hantar terompah yang sama untuk memukul
kepala orang terkena rasuk jin.
Jin yang ada dalam tubuh orang
terkena rasuk jin berkata:
“Dulu aku keluar kerana
aku taat kepada imam Ahmad. Kali ini orang menghantar terompah ialah orang yang
tidak taat kepada Allah maka aku tidak akan taat kepadanya.”
Ini menunjukkan yang
penting siapa orang yang memiliki terompah itu, bukanlah terompah kerana
terompah hanya alat.
Jadi samalah alat
seperti telur, lada hitam, air atau apa sahaja bahan digunakan untuk merawat,
bukan bahan menjadi asas tetapi orang yang merawatnya. Jika orang itu salih
dengan kesalihannya itu diberi penyembuhan oleh Allah SWT.
Tetapi jika orang itu fasik
mungkin telur itu sebagai bayangan sahaja.
Soalan 8:
Mengikut hadis, nabi terkena
sihir oleh orang Yahudi sedangkan nabi maksum dan dipelihara oleh Allah SWT.
Jawapan:
Sabit hadis sahih
memang nabi pernah terkena sihir oleh ahli sihir yang paling hebat pada masa
itu yang bernama Lavid. Dia telah menyihir nabi SAW dengan menggunakan sikat
dan rambut nabi SAW yang diambil dan ditanam di sebuah telaga.
Nabi SAW adalah manusia
seperti kita juga. Kita sakit nabi pun sakit. Kita demam nabi pun demam. Bahkan
nabi bila sakit berkali ganda lebih daripada orang lain.
Begitulah dalam kes sihir ini,
nabi pun boleh terkena sihir.
Tetapi mengikut kata ulamak
bahana sihir itu tidak sama sekali mencemarkan status nabi sebagai seorang
rasul kerana apa yang berlaku kepada nabi tidak sama sekali menghilangkan
kewarasan akalnya. Bahana sihir tidak sama sekali menjejas kemaksuman nabi SAW.
Soalan 9:
Menjampi air dan hembus
menghantar kepada orang. Adakah itu sihir?
Jawapan:
Jika jampi pada air itu
jampi yang karut marut adalah sihir. Tetapi jika jampi dengan ayat Quran atau
kata-kata yang diizinkan adalah doa. Terpulang kepada kita hendak sihir atau
doa.
Sihir hukumnya haram
tetapi doa mendapat rahmat daripada Allah Ta’ala.
Soalan 10:
Adakah santau itu sebahagian
daripada sihir dan bolehkah kita menghantar balik santau itu kepada tuan
empunyanya?
Jawapan:
Santau biasanya mempunyai unsur
gatal, bisa dan boleh mendatangkan pedih kepada seseorang yang terkena santau.
Jika santau diadunkan dengan mentera yang bersifat pemujaan kepada jin dan
syaitan memang tidak dinafikan ianya satu bentuk sihir.
Kita jangan hantar balik kepada
tuan empunyanya kerana hadis nabi SAW selepas nabi sihat daripada sihir ada
pertanyaan kepadanya:
“Ya Rasulullah adakah
engkau ingin menghantar kembali sihir itu kepada tuan punyanya?”
Nabi SAW enggan
melakukan demikian.
Soalan 11:
Bila saya mengurut orang merembam
bulu ruma. Adakah orang diurut beramal sesuatu?
Jawapan:
Bila mengurut berasa berembang
belum tentu lagi sihir. Cara terbaik ialah tanya dia apa jampi yang digunakan.
Soalan 12:
Bagaimana hendak mengubah
persepsi masyarakat yang selalu mengaitkan sihir dengan masalah hidup? Kalau
susah mendapat jodoh ini memang sihir. Jika demam tidak sembuh-sembuh ini
memang sihir.
Jawapan:
Bagi saya umat Islam perlu
mempertingkatkan keilmuan mereka seperti ilmu aqidah. Ilmu aqidah mengajar
kita, yang boleh memberi mudarat kepada kita ialah Allah. Ilmu ini juga
menyuruh kita sentiasa bertawakkal kepada Allah dan sentiasa sabar di atas
ujian-Nya.
Dengan kesuburan iman dan ilmu
itu sendiri akan membolehkan kita menyingkir kefahaman-kefahaman yang salah.
Soalan 13:
Sekarang ini orang
memakai gelang hitam dan kadang-kadang memakai cincin kayu koka untuk
mengelakkan sihir. Adakah ini betul atau tidak.
Jawapan:
Perkara ini dipanggil tiwalah,
menggunakan sesuatu di tangan atau dileher untuk menghalang gangguan jin.
Ulamak berbeza pandangan dalam
masalah ini. Ada yang mengatakan boleh dan yang mengatakan tidak boleh.
Rumusan yang kita buat ialah jika
ada padanya ayat-ayat yang tidak difahami diikat pada tangan atau dileher maka
itu tidak dibenarkan oleh syarak.
Apa yang menjadi khilaf ialah
jika ayat-ayat Quran digunakan dan iktikadnya penyembuhan daripada Allah SWT
bukan kerana benda itu maka ada ulamak berpendapat dibolehkan.
Tetapi sebaik-baiknya
kita jauhkan diri daripada perkara itu, cukuplah dengan menyerah diri kepada
Allah SWT dan bacalah ayat-ayat pelindung.
Soalan 14:
Apakah tanda-tanda orang terkena
sihir.
Jawapan:
Mengikut hadis nabi
tanda-tanda orang terkena sihir ialah mimpi. Nabi kata mimpi buruk ialah
daripada syaitan dan syaitan ialah jin yang mengganggu manusia yang terlibat dengan
sihir.
Jika ada mimpi buruk
secara berterusan barangkali itu adalah petanda sihir.
Apa yang berlaku kepada nabi SAW,
nabi bila terkena sihir dalam hadis Sahih Bukhari menyebut nabi diberi
khayalan. Khayalan di sini bukanlah menghilangkan kewarasan nabi. Nabi terasa
mendatangi isterinya sedangkan nabi tidak mendatangi isterinya.
Itu adanya tanda-tanda sihir
berdasarkan kepada hadis itu.
Soalan 15:
Apakah pendapat yang mengatakan
untuk mengelakkan sihir kena pakai seluar dalam terbalik.
Jawapan:
Itu mungkin khurafat kerana
amalan-amalan yang tidak ada hujah syarak perlulah dielakkan.
Soalan 16:
Adakah silat mata sihir?
Jawapan:
Silat mata ada dua benda. Satu,
jika silat mata merupakan helah sahaja maka dibolehkan. Tetapi kalau memang
betul-betul ajaib maka ada sihir. Jadi silat mata kena perhati betul-betul.
Jika amalan yang tidak dapat
dikaji sebab-sebabnya maka itulah sihir. Jika dapat dikaji sebabnya, cuma helah
mata maka bukan sihir.
Soalan 17:
Bolehkah memakai tangkal yang
ditulis ayat Qudsi diikat pada leher atau dibubuh dalam songkok atau di
mana-mana sahaja.
Jawapan:
Walaupun ada ikhtilaf
ulamak mengenai tangkal yang ditulis ayat Quran, tetapi yang terbaik malah
menurut fatwa ulamak-ulamak pada hari ini sebaik-baiknya kita jauhkan diri kita
daripada penggunaan tangkal itu. Lebih selamat kita pakai kaedah-kaedah doa
yang diizinkan oleh Allah.
Malah ada sepotong hadis nabi
SAW:
“Barangsiapa yang
menggantung sesuatu azimat pada dirinya maka sesungguhnya dia telah melakukan
syirik kepada Allah.”
Jadi demi kebaikan iman dan
ketaqwaan kita, untuk selamat dunia dan akhirat patutlah kita elak daripada
penggunaan tangkal itu.
Soalan 18:
Saya ustaz, malam-malam qial
mullail, puasa sunat, solat sunat, zikir dan baca Quran tetapi kenapa saya
masih lagi terkena sihir?
Jawapan:
Jawapannya mudah sahaja
iaitu nabi SAW sendiri kena sihir. Sihir itu sebagai sakit dan sakit itu ujian
Allah. Orang yang bertaqwa hebat macam mana sekalipun Allah beri sakit
sebagaimana nabi.
Bagi orang beriman
sakit diberi oleh Allah dengan dua sebab. Satu, kerana Allah hendak angkat
darjat dan kedua hendak menghilangkan dosa.
Sakit memberi kesedaran kepada
kita supaya mendekatkan diri dengan Allah SWT. Jika tidak sakit mungkin kita
tidak kisah hendak membaca Quran. Sebab sakit mungkin kita bersedekah. Jadi
sakit itu ada hikmatnya.
Soalan 19:
Bolehkah kita merawat diri kita
sendiri apabila terkena sihir dan apakah dosa orang yang beramal dengan sihir.
Jawapan:
Di samping kita
mendapat rawatan daripada orang yang arif dalam bidang perubatan kita boleh
merawat sendiri dengan mengamalkan doa-doa, wirid-wirid dan seumpamanya yang
dianjurkan oleh nabi SAW.
Orang beramal dengan
ilmu sihir berdosa besar dan mungkin gugur imannya.
KULIH YT
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya kenapa orang yang terkene sihir masih boleh solat..?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya menjalani rawatan utk membuang sihir dibadan.yg dibuat oleh bekas suami sehingga saya tidak boleh berjalan.setelag menjalaninrawatan alhamdulilah saya kembalik sihat namun bisa dibadan masih terasa.rawatan terakhir ahaus membuat pelepas iaitu dgn menggunakan pakaian dalam saya utk dihayutbkan kelaut .rawatan sebegini dibolehkan atau tidak
Assalamualaikum ustaz, sya ada mimpi dikejar bayi atau janin yang berupa buruk dan berlumuran darah, kemudian selepas seminggu tu saya mimpi ular kuning menyerang salah seorang Adik beradik saya.. Boleh saya tahu apa maksud mimpi ni?
ReplyDelete