Masih ramai orang Islam yang mahu Islam separuh separuh
Sejak dari awal merdeka, negara sudahpun dipenuhi oleh orang orang Islam yang
menyokong Umno, orang orang Islam yang menyokong sekular iaitu yang menyokong
semua pengurusan dunia yang tidak terikat dengan panduan agama, akibatnya lahir
amalan yang begitu sebati di tanah air ku tercinta, iaitu amalan yang mengerat-ngerat paduan agama kepada amalan ibadat khusus seperti solat, puasa,
haji dan seumpamanya dan amalan amalan pengurusan dunia seperti urusan
pendapatkan tender projek serta lain-lain urus tabdir yang tidak terikat dengan
agama.
Kita boleh melihat ada para
kontraktor yang hadir solat berjemaah di Masjid tetapi selepas solat bergegas
ke tempat tender dengan membawa sejumlah wang untuk melobi, malah wang tersebut
sudahpun ada di poketnya ketika bersolat. Kesannya inilah Islam yang boleh
dilihat dibudayakan oleh Umno selama memegang tapuk pemerintahan negara.
Sepatutnya Islam adalah
agama, Islam adalah addin yang mengatasi budaya, yang menyediakan kerangka
besar kepada carahidup tetapi Umno sejak merdeka sudah mengubah Islam kepada
budaya dan budaya itu telah menjadi ikutan majoriti rakyat sehingga hari
ini. Kerana besarnya pengaruh budaya itulah dalam 2 PRK yang baru lalu, Umno
masih boleh menang bergaya.
Itu merupakan kumpulan
orang Islam terbesar di negara kita sekarang. Ada satu kumpulan lagi yang boleh
dikesan di kalangan orang-orang Islam yang sedang berkembang dan dikembangkan
oleh sebuah parti bukan Islam, autra kaisu, DAP dan disokong oleh 2 parti
orang Islam iaitu PAN dan PKR. Kumpulan orang Islam ini menggunakan nama Islam
progresif untuk mempromosikan Islam liberal yang lebih bahaya dari Islam
separuh separuh Umno.
Sedangkan satu lagi
kumpulan yang kelihatan tidak bertambah atau berkurang ialah kumpulan orang
Islam yang benar-benar mahu kembali kepada carahidup Islam. Oleh kerana
tidak bertambahnya jumlah mereka inilah, di 2 PKR lalu PAS tewas. Dan kerana
tidak bertambahnya jumlah merekalah, kerja kerja dakwah yang semakin dibebani
oleh serangan serangan golongan progresif perlu diterus dan ditingkatkan serta
memilih untuk memastikan Islam liberal tidak akan berkembang kerana Islam
liberal itu amat membahayakan umat.
Untuk memastikan Islam liberal tidak berkembang,
kita tidak punya pilihan selain berusaha memastikan DAP tidak berkuasa serta
perlu memantau kegiatan Islam sekerat-sekerat Umno agar mereka terus dengan
amalan budaya ini kerana adalah lebih mudah untuk menyebarkan dakwah dalam
suasana amalan budaya sekerat-sekerat berbanding dengan amalan Islam liberal
yang antara lain sudah sanggup menghina ulamak, menghina kain pelekat yang
dipakai ulamak untuk bersolat dan yang lebih penting kedengaran suara suara
mereka yang jahil 2k sebenarnya memperlekahkan ilmu dan amalan para ulamak.
Kita berharap agar
kesedaran yang sedang meningkat mengenai carahidup Islam akan terus segar di
Kelantan, Terengganu dan Kedah dan semuga selepas PRU 14 nanti, ketiga tiga
negeri ini akan beraaa di bawah kerajaan Islam sepenuhnya, bukan kerajaan Islam
separuh-separuh atau kerajaan Islam liberal. Dan semuga kesedaran ini akan terus
berjangkit ke negri negri lain juga.
Kita tahu inilah versi perjuangan Islam di negara kita, menguasai
negeri untuk menegakkan hukum ALLAH.
No comments:
Post a Comment