Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat al-Qadar pada alam,
pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.Sedangkan tanda mendapat al-Qadar
itu ada pada diri sendiri.
Bukankah mereka yang
bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya
“diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?
Jadi, jika seseorang
mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan
ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.
Malam al-Qadar ialah
malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana
turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai
terbit fajar.
Malaikat turun secara
luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan
mereka malaikat Jibrail.
Masing-masing ada
tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah
“bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi
kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah
malaikat akan berubah.
Bisikan para malaikat
mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan
seseorang itu.
Mulai detik itu bisikan
kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam
hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya
kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan
baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.
Bisikan ini sentiasa
berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara
malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.
Siapa yang menang, dialah
yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh
“penakluknya”.
Firman Allah: “Dan
beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.”
(Surah al-Syams 91: 9-10)
Orang yang mendapat malam
al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan,
malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.
Sejak malam itu suara
hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.
Mujahadahnya akan
terbantu.
Perjalanannya menuju
Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.
Hatinya menjadi pusat
kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan
percakapan.
Mahmudahnya
menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang
telah mendapat malam al-Qadar.
Orang lain mungkin tidak
perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.
Rasa tenang, bahagia,
lapang dan sejuk.
Kemudian sedikit demi
sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya
perilakunya.
Subhanallah, dia telah
berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.Dan itulah tanda-tanda
malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan
jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.
Semoga malam-malam
berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada al-Qadar
telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.
Kita tidak akan menunggu
tetapi kita akan memburu.
Kita akan terus memburu
sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.
Sampai bila?
Sampai
bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam
adalah ‘malam al-Qadar.
Al-Qadar boleh datang,
boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita
mati, setelah bertemu malam al-Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju
malam al-Qadar nanti.
Persediaan menemuinya
bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.
Tetapi seluruh hayat kita
adalah persediaan untuk “menemuinya”.
Mengapa?
Kerana perjuangan
membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.
Qalbun Salim (hati
sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, Aku hanya insan
lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku,
kesihanilah aku, sayangilah aku… Dalam mencari keampunan dan Redha-Mu dan
anugerahkan aku Qalbu
No comments:
Post a Comment