Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah kamu akan zakat.”
Ayat ini menyatakan bahawa
sembahyang itu wajib dan zakat juga wajib sebagaimana wajibnya sembahyang.
Sembahyang wajib atas tiap-tiap orang lelaki dan perempuan. Zakat wajib ke atas
mereka yang ada harta.
Zakat ada banyak jenis dan bukan sahaja zakat fitrah.
Ada zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan dan ada zakat gaji. Gaji
yang lebih daripada keluaran hidup yang ditetapkan oleh syarak hendak dikenakan
zakat. Zakat sebahagian daripada rukun Islam yang wajib
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Dan tidaklah diperintah kepada mereka itu (pada awalnya ayat ini ditujukan
kepada ahli kitab dan orang-orang musyrikin) melainkan supaya mereka itu
beribadat kepada Allah dengan hati yang ikhlas (kerana Allah Ta’ala), bagi
Allah sahaja agama.”
Ini yang penting dalam niat
kerana ibadat yang kita buat mestilah kerana Allah Ta’ala. Amalan yang kita
buat mestilah amalan agama Islam bukan amalan lain. Bukan sahaja sembahyang,
zakat, haji termasuklah politik, ekonomi dan segala-galanya mestilah Islam
dalam keadaan cenderung kepada agama Islam dan bukan jalan lain daripada Islam.
“Dan mereka mendirikan sembahyang
dan mereka menunaikan zakat dan itulah dia agama yang betul.”
Sembahyang idalah Ibadat yang
menghubungkan kita secara langsung dengan Allah Ta’ala. Zakat adalah kewajipan
ekonomi yang menjadi sebahagian daripada ibadat kepada Allah Ta’ala dengan hati
yang ikhlas dan itulah dia agama yang betul.
Fiman Allah Ta’ala bermaksud:
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka (harta orang kaya yang mempunyai
pendapatan yang banyak) sebagai satu sedekah yang wajib (zakat) supaya
membersihkan diri mereka dengannya.” Dengan zakat hati mereka menjadi bersih
dan dosa mereka diampun oleh Allah Ta’ala. Bukan sahaja bersih daripada
zahirnya termasuklan bersih daripada rohaninya. Ayat ini juga menyatakan
wajibnya menunaikan zakat.
Ada hadisnya:
1. Hadis Muttafakun Alaih
“Dan dari Ibni Umar iaitulah
Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dibina agama Islam di
atas lima, mengaku dan percaya tidak ada tuhan sebenar malainkan Allah dan
bahawa Muhamad itu hamba-Nya dan rasul-Nya, mendirikan sembahang, menunaikan
zakat, haji ke rumah Allah (kaabah) dan berpuasa di bulan Ramadan.”
Hadis menyatakan rukum Islam lima
perkara walaupun disebut puasa kemudian sekali tetapi tidak lari daripada lima
perkara. Salah satu daripada lima perkara itu ialah menunaikan zakat. Ini
menunjukkan zakat adalah rukun Islam. Rukun, jika rumah adalah tiang dan
asasnya. Jika tiada tiang rumah itu runtuh. Bagaimana pula dengan perkara lain
seperti hudud, nikah kahwin dan sebagainya. Amal ibadat lain termasuk dalam dua
kalimah syahadah.
2. Hadis Muttafakun Alaih
Dan dari Tolahah bin Ubaidillah
RA katanya telah datang seorang lelaki mengadap Rasulullah SAW, dia dari
penduduk Najib (Najib ialah kawasan pendalaman di semanjung Tanah Arab), dalam
keadaan rambutnya panjang dan kusut, kami mendengar dengung suaranya dan kami
tidak faham apa yang dia kata sehingga dia menghampiri Rasulullah SAW,
tiba-tiba dia bertanya mengenai Islam maka sabda Rasulullah SAW: “Lima
sembahyang sehari semalam”
Dia bertanya lagi ada perkara
lain yang wajib atas saya. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak, melainkan jika engkau
mengerjakan yang sunat.” Kemudian sabda Rasulullah SAW:“Dan puasa di bulan
Ramadan.” Dia bertanya lagi ada perkara lain yang wajib atas saya? Sabda
Rasulullah SAW:”Tidak, melainkan jika engkau mengerjakan yang sunat.”
Kata Tolahah: “Dan Rasulullah
menyebut berkenaan dengan zakat.” Lalu Dia bertanya lagi ada perkara lain yang
wajib atas saya. Sabda Rasulullah SAW:”Tidak, melainkan jika engkau mengerjakan
yang sunat.”
Lalu ia berpaling berundur dan
berkata:”Demi Allah aku tidak menambah lebih daripada ini dan aku tidak mengulangkannya.
Maka sabda Rasulullah SAW:”Dia
berjaya sekiranya dia benar.”
Hadis ini mengikut riwayat yang
lain ceritanya panjang. Yang meriwayat hadis ini ialah Tolahah, salah seorang sahabat
besar di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW, salah seorang daripada
sepuluh sahabat yang dijanji syurga oleh Rasulullah SAW.
Tolahah menceritakan pada satu
hari kami duduk di dalam masjid muncul seorang lelaki Badwi. Mengikut satu
riwayat yang lain dia masuk dengan unta-unta ke dalam masjid kerana caranya
tidak sofan. Dia dari penduduk Najib dekat Riyad. Mengikut Asyayuti namanya
Diman bin Sa’alabah RA. Dia masuk ke dalam masjid dalam keadaan rambut panjang
dan kusut dan tubunya berdebu. Dia bercakap dengan suara yang kuat dan kami
tidak faham percakapannya.
Mengikut riwayat yang lain dia
bertanya mana dia Muhamad. Lalu orang tunjuk itu yang duduk bersandar. Dia pun
mengemukakan soalan.
Mengikut satu riwayat dia
berkata:”Kamu ke yang menyuruh orang mengucap dua kalimah syahadat? Mengaku
tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah. Rasulullah kata:”Ya!
Akulah”. “Kamu ke menyuruh orang menunaikan zakat” Rasulullah kata:”Akulah”
Mengikut riwayat ini dia bertanya
mengenai Islam. Rasulullah kata:”Islam itu sembahyang lima waktu sehari
semalam.” Dia bertanya ada yang lain lagi. Rasulullah kata:”Tidak kecuali kalau
kamu hendak sembahyang sunat.” Dia bertanya apa lagi Islam. Rasulullah
kata:”Puasa bulan Ramadan.” Dia bertanya ada puasa lain lagi. Rasulullah
kata:”Tidak, kecuali jika kamu hendak buat yang sunat. Dan Rasulullah kalau ada
harta kena keluarkan zakat.” Dia tanya ada lagi yang lain. Rasulullah
kata:”Tidak, kecuali kamu hendak buat perkara sunat.”
Kemudian dia berpaling kepada
orang ramai dan berkata:”Demi Allah aku tidak menambah daripada apa yang
diberitahu itu.”
Mengikut riwayat yang lain dia
berkata namanya Diman bin Sa’alabah dan dia datang bagi pihak kaumnya untuk bertanya
berkenaan dengan agama Islam.
Rasulullah berkata kepada para
sahabatnya dia berjaya dunia dan akhirat sekiranya dia benar.
Hadis ini juga menunjukkan
kebijaksanaan nabi SAW di dalam berdakwah. Nabi bersabar melayan orang
berkasar, bersabar menghadapi orang Badwi yang kasar sifatnya. Dia datang
dengan ikhlas walaupun tidak tahu adat. Jika nabi SAW berkeras dan menghalau
dia sudah tentu dia tidak masuk Islam. Jangan berkasar, mesti berlembut dulu
kemudian terang apa dia Islam dan seterusnya mengajar mengenai adat-adat dan
akhlak. Tujuan kita ialah menyelamatkan manusia daripada jahiliah.
Hadis ini juga menunjukkan zakat
ialah sebahagian daripada rukun Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment