Lapan jenis mereka yang berhak menerima
zakat antaranya orang miskin, amir (orang yang memungut zakat), orang yang
berjuang kepada jalan Allah, orang yang berhutang (hutang yang dihalalkan oleh
syarak) yang tidak mampu membayar hutang, hamba yang hendak dimerdehkakan,
mereka yang putus belanja di dalam perjalanan dan seterusnya.
Sekarang tiada hamba maka jadi
tujuh bahagian. Jika tiada orang berhutang maka tinggal enam bahagian. Bukannya
terus menerus lapan bahagian. Zakat adalah satu cara untuk mengatasi
kemiskinan. Zakat diberi supaya orang miskin mampu hidup berdikari.
Nabi menyebut akan tiba masanya
Islam menang sehingga susah hendak memberi sedekah. Ini berlaku zaman
pemerintahan Umar Abdul Aziz, zaman kerajaan Amawiyah. Walaupun memerintah
selama dua tahun tetapi dikendalikan zakat dengan baik. Setelah dibahagi zakat
mengikut semua bahagiannya wang zakat masih ada lagi. Wang zakat yang lebih itu
tidak disimpan tetapi Umar Abdul Aziz mengijtihad.
Umar Abdul Aziz seorang khalifah
yang boleh berijtihad. Ada mazhabnya iaitu mazhab Umar Abdul Aziz. Abdul Abdul
Aziz dulu daripada mazhab empat lagi. Dia lebih alim daripada imam Syafie lagi.
Dia ketua negara dan alim tetapi mazhabnya tidak dikitabkan kerana masa itu
tidak ada kemudahan percetakan.
Dia berijtihad dengan memberi
baki wang zakat kepada orang hendak kahwin yang tidak ada harta. Dia kemudahan
kepada orang hendak berkahwin. Selesai masalah orang hendak kahwin, masih ada
lagi wang zakat. Ini hebatnya keberkatan yang berlaku yang disebut oleh nabi
SAW. Malangnya ramai kalangan orang Islam berfikir jika perintah cara Islam
maka akan jadi papa. Umar Abdul Aziz telah menunjukkan cara yang diajar oleh
nabi SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment