Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan: "Aku pernah menjahit
baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh.
Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi
SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya.
Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang
setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat
menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar.
Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau
lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya
wajahmu”
Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang
tidak dapat melihatku pada hari Kiamat”
Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada
hari Kiamat wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat
melihatku pada hari Kiamat.”
Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat
engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka,
dia tidak berselawat ke atasku”. (H.Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
No comments:
Post a Comment