Jika dililihat gambar
khalifah-khalifah Dinasti Uthmaniyyah di Turki, kelihatan serban mereka
besar-besar belaka.
Ternyata, bukan sekadar
serban, topi, atau mahkota, tetapi kain kafan yang disediakan untuk mereka,
kain kafan yang diikat menjadi mahkota, dan itu adalah salah satu syarat
menjadi khalifah atau Sultan.
Maknanya, setiap khalifah
yang memimpin Turki harus berjiwa mujahid, harus berani memimpin perang dan
berada di barisan hadapan, dan ia juga sebagai peringatan kepada khalifah,
bahawa kematian sentiasa mengekori, dan kain kafan sudah disiapkan, sehingga
dalam memimpin negara dan rakyat, harus sedar bahawa itu hanya amanah, bukan
untuk berbanga-bangga, tapi itu adalah peluang mengumpul kebaikan, dan apabila
mahu berbuat kezalianm, mereka akan ingat kalau kain kafan selalu di kepalanya,
bila-bila masa saja boleh mati.
Sultan Bayazid, salah satu
Sultan yang syahid di medan perang melawan tentera Rom yang bersatu demi dengan
Rusia dan Jerman, beliau syahid dan dikafankan dengan kain serbannya.
No comments:
Post a Comment