Firman Allah Ta’ala surah
al-Baqarah 249 – 251:
( 249 )
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia:
"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu
sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,
dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku,
kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya".
(Sesudah
diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan
sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut
bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah
orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya):
"Kami
pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya".
Berkata
pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa
banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan
yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang
yang sabar".
( 250 )
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan
tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah
sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami
terhadap kaum yang kafir"
( 251 )
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin
Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan
(sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan
hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendaki-Nya.
Dan kalaulah
Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan
setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi
ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam.”
Dalam ayat di atas Allah
menceritakan dua kumpulan yang besar dan dua ketua tentera yang besar. Satu
ketua baik namanya Talut dan satu lagi ketua jahat namanya Jalut.
Allah memerintah Talut menyerang
Jalut. Mengikut
tafsir Khultubi tentera Talut ada 80 ribu orang dan tentera jahat ada 100 ribu
orang. Kekuatan yang hampir seimbang.
Ketika sedang bergerak untuk
menyerang Jalut, Talut berkata Allah hendak uji kita semua dengan sebatang anak
sungai.
Dari
segi logik sepatutnya tentera baik hendak meyerang tentera jahat tidak perlu
uji. Rupanya lagi dekat dengan musuh lagi tuhan uji, lagi dekat hendak menang
lagi tuhan uji.
Apabila
menyeberangi sungai Talut mengarah tenteranya meminum air sungai hanya secabak
sahaja dan mengambil sedikit air untuk membasuh tengkak. Mereka ini sahaja yang
boleh berperang. Talut mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan keadaan
semasa. Sedangkan tenteranya tersangat dahaga kerana mengharungi padang pasir.
Sepatutnya dengan keadaan demikian Talut memberi arahan supaya meminum
secukupnya untuk menambah tenaga melawan orang jahat.
Bila arahan
ketua nampak bercanggah yang mengikut arahan hanya 4 ribu sahaja. 76 ribu lagi
semua melanggar arahan.
4
ribu dibenar berjalan dan 76 ribu lagi duduk di tepi sungai itu. Sambil
berjalan mereka yang 4 ribu orang bercakap-cakap sukar bagi kita mencapai
kemenangan. Rupanya dalam kumpulan 4 ribu ada orang yang imannya kuat, ada alim
ulamak di dalamnya. Alim ulamak inilah yang memberi tarbiah.
Alim
ulamak ini memberitahu berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan
golongan yang besar. Berapa banyak puak kecil boleh menang melawan puak besar
dengan izin Allah. Jadi puak yang kecil kena sabar.
Sekarang kumpulan 4 ribu akan
bertempur dengan kumpulan 100 ribu. Dalam kumpulan 4 ribu ada seorang pemuda
bernama Daud. Daud membuang senjata yang dibekal kepadanya. Dia hanya
bersenjatakan dengan anak batu yang dipungut semasa dalam perjalanan. Semasa
berjalan batu batu-batu itu yang boleh bercakap menyuruh Daud mengambilnya.
Ketika
berdepan dengan Daud, Jalut yang memakai topi besi, sarung muka dan seluruh
badan dengan rantai besi mencabar Daud: “Bagaimana kamu orang muda mahu melawan
aku.”
Lalu
Daud melontar batu yang ada di tangannya mengenai topi Jalut tembus hingga ke
belakang. Jalut jatuh dan terus mati. Sekali lontar sahaja mati dengan izin
Allah. Nabi Daud berjaya membunuh Jalut hanya dengan anak batu.
Bila
jatuh Jalut tenteranya berselerak melarikan diri.
Jadi menang atau kalah
perjuangan adalah ketentuan Allah. Tidak dinafikan penyokong diperlukan tetapi
pertolongan dan ketentuan Allah perkara yang sangat penting.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment