Pemimpin-pemimpin
tertinggi Mekah masa itu yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab mengirim perwakilan berjumpa nabi SAW:
“Wahai
Muhamad kenapa kamu sibuk berceramah ke sana sini. Jika mahu duit kami boleh
beri duit. Jika hendak perempuan kami boleh cari perempuan cantik untuk kamu.
Jika otak tidak betul kami boleh cari bomoh terbaik untuk berubat kamu. Jika
mahu jadi pemimpin kami boleh melantik kamu menjadi pemimpin. Jika mahu menjadi
raja kami boleh tabal kamu menjadi raja di Mekah ini.”
Nabi
SAW menolak keras semua tawaran itu. Bila berhijrah ke Madinah nabi SAW
menerima tawaran menjadi pemimpin sedangkan di Mekah nabi menolak keras.
Mengapa?
Jawabnya di Mekah jawatan ditawar
kepada nabi bertujuan untuk menutup mulut nabi SAW daripada berdakwah dan
mendirikan kerajaan Islam. Berlainan dengan Madinah. Di Madinah
pemimpin-pemimpin telah berbaiah dengan nabi dan bersedia melantik nabi SAW
sebagai pemimpin Madinah dan menjalankan Islam sepenuhnya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment