Monday, January 2, 2017

KISAH NABI SAW DALAM SATU MAJLIS ILMU



Ketika nabi SAW sedang mengajar di masjid Nabawi datang tiga orang lelaki. Masjid Nabawi masa itu ada tiang tetapi tiada dinding. Seorang daripadanya bila dia melihat ramai orang dalam masjid dia pun pusing dan lari balik.

Dua orang lagi memberi salam kepada nabi SAW. Selesai memberi salam seorang daripadanya duduk di belakang kerana segan hendak masuk di dalam masjid.

Lelaki yang seorang lagi terus masuk dalam masjid bila didapati ada ruang kosong.

Bila selesai majlis tersebut baginda SAW bertanya para sahabat yang ramai setuju atau tidak jika aku komen tentang tiga orang lelaki yang datang itu.

Bila para sahabat berkata: “Ya.”

Nabi SAW pun berkata: ”Lelaki yang masuk dalam masjid dan duduk di ruang kosong, dia hendak ilmu dan kelebihan yang ada dalam majlis ilmu. Allah beri kepadanya kerana dia hendak. Lelaki yang duduk di belakang itu tidak hendak kelebihan dalam majlis ilmu. Bila tidak hendak maka Allah tidak memberi kepadanya. Lelaki yang balik itu Allah berpaling terus daripadanya kerana dia berpaling daripada majlis ilmu.”

Pengajaran daripada kisah itu:

Bila datang ke majlis ilmu jadikan seperti lelaki yang mencari ruang kosong. Jika majlis tidak ada ruang kosong ikut lelaki yang duduk di belakang. Jangan jadi lelaki yang lari balik tanpa sebarang alasan.

Allah menyebut dalam surah al-‘Ala: “Orang yang lari daripada majlis ilmu orang itu celaka.”
Ada majlis ilmu dia cabut lari kerana malas hendak belajar. Allah kata celaka.

Kita memohon kepada Allah agar kita tergolong di kalangan mereka yang dahagakan ilmu kerana menuntu ilmu tiada nuktah.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment