Thabit bin Kih seorang sahabat di
kalangan Ansar yang terkenal dengan suara kuat. Dia berbisik pun kuat juga.
Tuhan jadi suaranya kuat. Dia bercakap di hadapan nabi pun suaranya kuat.
Bila turun ayat yang
melarang mengangkat suara di hadapan nabi SAW menyebab dia bersedih dan
mengurung diri di rumahnya. Kemudian nabi tanya di mana Thabit. Ini menunjukkan
kepekaan nabi SAW terhadap beberapa sahabat yang baginda sayang.
Lalu rakan dia pergi ke
rumahnya dan di dapati dia duduk di rumah dalam keadaan menangis kerana sedih.
Satu riwayat mengatakan dia mengikat dirinya di dalam kandang kuda. “Mengapa
kamu buat begini?” Tanya kawannya.
Dia kata: “Aku sudah jadi ahli
neraka kerana aku meninggikan suara di hadapan nabi SAW. Ini kesilapan aku. Aku
telah membuat dosa.”
Bila diberitahu kepada nabi, lalu
nabi berkata: “Beritahu kepada dia, dia adalah seorang
ahli syurga.”
Mengikut satu riwayat nabi SAW
memanggil dia dan berkata: “Adakah engkau tidak redha
engkau menjadi seorang yang mulia di dunia dan mati masuk syurga.”
Lalu Thabit berkata: “Memanglah
saya suka sangat kalau itulah keputusan Allah dan keputusan Rasulullah SAW.”
Dia memanglah seorang
ahli syurga kerana dia telah mati syahid dalam peperangan Yamamah, peperangan
menentang orang murtad yang berlaku selepas wafatnya nabi SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment