Perlembagaan hanya slogan, tidak
dijulang dan didukung dengan erti kata yang sebenar. Perlembagaan menyatakan
Islam hanya agama Persekutuan, agama rasmi tetapi apa yang diamalkan tidak menjadi
model keseluruhannya. Pemerintah dan
pemimpin-pemimpinnya bukan wajah kepada ajaran Islam yang sebenar.
Islam
mengharamkan rasuah, mengharamkan kronisma, mengharamkan amalan-amalan zalim
terhadap orang lain. Islam mengizinkan pelbagai agama. Tidak ada paksaan
dalam agama. Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku. Ini perintah Allah dalam
Quran.
Kita tidak ada
kehebatan undang-undang. Penjenayah tidak gerun kepada undang-undang. Rumah
bekas ketua polis pun dirompak. Apa lagi rumah rakyat biasa.
Kita ada pemimpin.
Pemimpin yang diwajibkan oleh Islam ialah pemimpin yang ada saksiah, pemimpin
yang beriman dan budiman. Pemimpin yang tahu dosa pahala. Dosa pahala bukan
sahaja dalam perkara sembahyang, perkara amalan menyembah tuhan tetapi dalam
Islam termasuk dalam memerintah negara.
Pemimpin negara yang tidak
menunaikan amanah, sumber negara macam harta kepunyaannya sendiri, bukannya
amanah yang diberikan kepadanya.
Pemimpin yang beriman
dan budiman, yang berilmu dan yang berani ada kehebatan. Marilah kita amalkan
demokrasi dengan berani walaupun penuh dengan penipuan, kita tetap memilih
demokrasi dan kalau kita pandai kita boleh lawan penipuannya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment