Tuesday, January 3, 2017

PENDUDUK SYURGA RAMAI UMAT MUHAMAD SAW.



Firman Allah Ta’ala: “Kebanyakan di kalangan umat-umat terdahulu dan sedikit di kalangan umat-umat yang kemudian.”

Bila dengar demikian para sahabat berasa dukacita kerana sedikit sahaja di kalangan umat Muhamad SAW yang termasuk dalam kalangan golongan ASSYABIKIN.

Lalu nabi SAW menghuraikan: ”Ramai jika dibandingkan dengan jumlah orang yang masuk Islam ketika itu. Nabi kata aku minta dengan Tuhan supaya separuh ahli syurga sejak Adam AS adalah umat aku, kalau tidak boleh biarlah satu perempat dan kalau boleh satu pertiga daripada ahli syurga adalah umat aku.”

Lalu Allah Ta’ala mengizinkan separuh daripada ahli syurga adalah umat Muhamad SAW. Ini kerana umat Muhamad menghadapi cabaran tidak ada lagi nabi selepas wafatnya nabi Muhamad SAW. Maka Allah Ta’ala memberi kelebihan untuk menyambung kerja-kerja nabi SAW dan mendapat kelebihan.

Mengikut riwayat Ibni Abas dua pertiga daripada penduduk syurga adalah umat Muhamad SAW. Riwayat ini dikuatkan oleh pendapat Saidina Abu Bakar RA yang mengatakan ayat itu memberi makna dua pertiga daripada penduduk syurga adalah umat Muhamad SAW. Maka sebahagian daripada umat Muhamad SAW adalah mukarrabin, umat yang terdahulu bersama dengan nabi dan sebahagian lagi juga yang akhir juga ada kalangan mukarrabin iaitulah mereka yang diterima oleh Allah Ta’ala dengan sebab amalan-amalan mereka.

Sesungguhnya akan ada mereka yang mengikut amalan nabi sehingga hari kiamat.

KULIAH TAFSIR YT

ZZZ

No comments:

Post a Comment