Mengikut sebuah hadis:
Ketika sedang mengajar, nabi SAW
melihat seorang sahabat memakai cincin emas. Emas diharamkan kepada orang
lelaki. Nabi SAW mengambil cincin daripada jari sahabat itu lalu melempar ke
tanah.
Bila nabi SAW berundur daripada
majlis, sahabat lain menasihati dia supaya mengambil cincin itu memberi kepada
isterinya kerana orang perempuan tidak haram memakai emas.
Dia berkata:
“Demi Allah aku tidak akan
sekali-kali mengambil barang dibuang oleh Rasulullah”
Walaupun teguran Rasulullah agak
keras dia tidak melenting, tetap setia kepada Rasulullah SAW.
Saidini Umar memecat Khalid
al-Walid daripada jawatan jeneral kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya
dizaman Saidina Abu Bakar. General Khalid menjadi private Khalid.
Khalid al-Walid bukan
calang-calang sahabat. Dia terkenal dengan kehandalan berperang. Peperangan
yang dia menjadi ketua semuanya menang. Dia berjuang seperti biasa walaupun
bertaraf private.
Bila ditanya apa perasaannya
setelah dipecat, dia menjawab:
“Aku berjuang bukan kerana Abu
Bakar dan bukan kerana Umar, aku berjuang kerana Allah Ta’ala”
Walaupun diturunkan pangkat,
Khalid tidak merajuk, Khalid tidak melenting, Khalid tidak keluar parti dan
menyerang partinya. Khalid tetap istiqamah atas jalan yang betul
Itulah sifat orang yang ditarbiah
oleh nabi SAW yang patut dicontohi oleh kita semua yang berada dalam sof
perjuangan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment