Fadilat membaca Quran:
1. Diberi 10 pahala setiap huruf.
Alif lam mim 3 huruf maka dapat 30 pahala. Bulan Ramadan diberi pahala 70 kali
ganda setiap huruf
2. Menolong pembacanya di alam
barzakh dan alam mahsyar.
Di bawah disediakan program
khatam Quran bulanan. Pilihlah mana satu program mengikut kemampuan dan
kesesuaian anda. Lagi acap kali khatam lagi baik.
1. Khatam 1 kali, baca 1 juzuk /
20 muka surat sehari
2. Khatam 2 kali, baca 2 juzuk /
40 muka surat sehari
3. Khatam 3 kali, baca 3 juzuk /
60 muka surat sehari
4. Khatam 4 kali, baca 4 juzuk /
80 muka surat sehari
5. Khatam 5 kali, baca 5 juzuk /
100 muka surat sehari
6. Khatam 6 kali, baca 6 juzuk /
120 muka surat sehari
7. Khatam 7 kali, baca 7 juzuk /
140 muka surat sehari
8. Khatam 8 kali, baca 8 juzuk /
160 muka surat sehari
9. Khatam 9 kali, baca 9 juzuk /
180 muka surat sehari
10. Khatam 10 kali, baca 10 juzuk
/ 200 muka surat sehari
Quran mengandungi 30
juzuk, 114 surah dan 604 muka surat. Quran ada 10 jenis qiraat. Dari segi
tajwid dan sebutan ada sidikit perbezaan antara qiraat-qiraat itu.
Masa diambil untuk membacanya
bergantung kepada kefasihan para pembaca dan juga qiraat yang dibaca. Ada orang
dapat membaca satu juzuk dalam masa 50 minit. Ada juga orang yang dapat
mengkhatam Quran dalam masa tiga hari.
Quran patut dibaca setiap hari
agar tidak mudah lupa, bukan baca bulan Ramadan sahaja
Mengikut hadis:
Dari Abu Burdah dari Abu Musa dari Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, Baginda bersabda: "Jagalah oleh kamu al-Qur`an ini (dengan
banyak membacanya), kerana demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,
ia lebih cepat hilangnya daripada unta dari tambatannya." HR Muslim (1317)
Oleh itu jadilah Quran
teman setia kita hingga ke akhir hayat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment