Banyak kisah dalam perang Tabut. Saidina Abu Bakar menyumbang semua harta untuk perang Tabut. Nabi SAW tanya apa yang Abu Bakar tinggal untuk anak isterinya. Saidina Abu Bakar jawab: “Aku tinggal Allah dan rasul sahaja.”
Saidina Umar menginfak
separuh daripada hartanya. Saidina Uthman pula menyumbang separuh daripada
jumlah perbelanjaan perang Tabut. Oleh kerana banyaknya Saidina Uthman
menyumbang, nabi SAW berdoa khas untuknya daripada selepas waktu Isya hingga
waktu Subuh.
Tiga orang sahabat yang
tidak mahu keluar ke Tabut walaupun kemudahan dan kelengkapan mencukupi.
Akibatnya mereka dipulau oleh nabi SAW dan para sahabat lain.
Dalam perang Tabut juga banyak
kisah orang munafik. Orang munafik jenis tidak mahu pergi perang tetapi duduk
bercakap pandai di Madinah. Ada yang duduk dalam jemaah
nabi SAW tetapi keputusan nabi mereka langgar.
Ada juga kumpulan yang
tidak pergi perang tetapi mereka membuat jemaah baru bertujuan hendak
melingkupkan jemaah nabi SAW. Mereka ini siap membuat masjid yang dinamakan masjid dhirar. Mereka menjemput nabi SAW sembahyang di
masjid itu, tetapi nabi SAW tidak melayannya kerana hendak ke Tabut. Sekembali daripada perang Tabut nabi menyuruh
para sahabat membakar masjid dhirar itu kerana nabi SAW menerima wahyu supaya
masjid itu dibakar.
Di zaman kita pun ada
golongan yang merancang bertahun-tahun untuk menawan jemaah yang sudah bertapak
dan bila tidak berjaya mereka menubuh jemaah baru bertujuan menghancurkan
jemaah lama.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment