Sunday, January 1, 2017

SELAMAT DATANG RAMADAN AL-MUBARAK



1. Semua orang wajib berpuasa kecuali:
a. Kanak-kanak belum baligh
b. Orang gila
c. Orang musafir
d. Orang perempuan yang uzur kerana haid dan nifas
e. Orang tua dan orang uzur dari segi syarak.

2. Niat puasa
a. Waktu niat ialah antara lepas maghrib dan sebelum fajar
b. Niat setiap malam
c. Boleh niat secara keseluruhan iaitu niat puasa sebulan bulan Ramadan.
d. Boleh lakukan niat dua-dua sekali untuk mengelak tertinggal niat.

3. Sahur elok dilewatkan. Makan minum 12 malam bukan sahur.

4. Buka puasa sunat disegerakan. Kemudian baru sembahyang.

5. Ibadat sunat diberi pahala ibadat wajib.

6. Ibadat wajib digandakan pahalanya.

7. Betapa besar pahala puasa, pahala terserah kepada Tuhan

8. Banyak membaca Quran dan tadarus. Rancang berapa muka surat sehari hendak dibaca dan berapa kali hendak dikhotamkan selama bulan Ramadan.

9. Tahjud dan witir setiap malam.

10. Sunat Subuh dan solat Subuh di masjid

11. Banyak istighfar dan berdoa.

12. Sunat Dhuha, sunat Rawatib dan sunat Tarawikh jangan ditinggalkan.

13. Banyak bersedekah

14. Bersifat pemurah.

15. Jangan bertengkar

16. Banyak bersabar.

17. Menahan diri daripada nafsu shahwat dan perkara yang boleh membatalkan puasa.

18. Memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa.

19. Elakkan daripada membazir terutama makanan dan minuman.

20. Dihadiahkan Lailatul Qadar, satu malam pahalanya bersamaan 84 tahun beribadah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment