Lailatul Qadar berlaku
pada salah satu malam sepuluh terakhir Ramadan. Tempohnya
bermula Maghrib hingga sebelum naik fajar. Pahalanya satu malam bersamaan 84
tahun beribadat. Satu tawaran yang sangat besar daripada Allah SWT. Oleh itu setiap
orang Islam mesti merebutnya:
1. Masuk wang RM10 ke dalam tabung masjid setiap malam, jika jatuh
pada malam Lailatul Qadar pahalanya menyamai sedekah RM10 setiap hari selama 84
tahun.
2. Pemilik restoran memberi makan percuma kepada pelanggannya bernilai RM10
setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar pahalanya menyamai
memberi makan orang setiap hari selama 84 tahun. Apatah lagi jika diberi
diskaun 10% setiap malam.
3. Jelajah kedai makan setiap
malam, bayar makan minum dan bakinya suruh pemilik
kedai bayar makan pelanggan lain, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar
pahalanya menyamai memberi makan orang setiap hari selama 84 tahun
(Untuk
mengurangkan lapar dan dahaga di padang Mahsyar nabi kata beri makan minum
kepada orang semasa di dunia)
4. Sembahyang
sunat 2 rakaat setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar
pahalanya menyamai sembahyang sunat setiap hari selama 84 tahun.
5. Baca surah Az-Zalzalah (surah 99) dua kali setiap malam, jika
jatuh pada malam Lailatul Qadar ia seolah-seolah kita mengkhotam al-Quran
setiap hari selama 84 tahun
6. Baca surah
al-Kafirun (surah 109) empat kali setiap malam, jika jatuh pada malam
Lailatul Qadar ia seolah-seolah kita mengkhotam al-Quran setiap hari selama 84
tahun
7. Baca surah
al-Ikhlas (surah 112) tiga kali setiap malam, jika jatuh pada malam
Lailatul Qadar ia seolah-seolah kita mengkhotam al-Quran setiap hari selama 84
tahun.
8. Baca surah al-Ikhlas (surah
112) sepuluh
kali setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar ia seolah-seolah kita
mengkhotam al-Quran 3 1/3 kali setiap
hari, dan diberi sebuah mahligai di syurga setiap hari selama 84 tahun.
8. Baca surah al-Ikhlas (surah
112) tiga
puluh
kali setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar ia seolah-seolah kita
mengkhotam al-Quran 10 kali setiap hari,
dan diberi tiga buah mahligai di syurga setiap hari selama 84 tahun.
(Mengikut
hadis, Quran menjadi peguambela di alam barzakh)
Anggaplah Ramadan kali
ini Ramadan terakhir kita, rebutlah tawaran Lailatul Qadar agar kita tidak
menyesal di akhirat nanti
Surah Az-Zalzalah (surah 99)
bermaksud:
( 1 )
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
( 2 )
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
( 3 )
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi
kepada bumi?"
( 4 )
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
( 5 )
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
( 6 )
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk
diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
( 7 )
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
( 8 )
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
Surah
al-Kafirun (surah 109) bermaksud:
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
( 2 )
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
( 3 )
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
( 4 )
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
( 5 )
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
( 6 )
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Surah
al-Ikhlas (surah 112) bermaksud:
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
( 2 )
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
( 3 )
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
( 4 )
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment