Zaman nabi Nuh AS ada
berhala dan ada pemimpin yang disebut al-Malak.
Zaman nabi Ibrahim AS
berhala lain pula. Raja lain, bernama Namruk. Apa yang ada di zaman nabi Nuh tidak
wujud di zaman nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim memperkenalkan diri dan barangsiapa mengatakan
Namruk tuhan adalah syirik
Bila nabi Ibrahim wafat tiba
syirik bentuk lain pula. Ada Firaun pula dan Namruk
sudah tidak ada. Maka nabi Musa kata Firaun adalah sesat.
Wafat semua nabi tiba nabi akhir
zaman, Muhamad SAW. Nabi Muhamad berdepan dengan Abu
Jahal dan kuncu-kuncunya. Abu Jahal tiada dalam Quran. Tetapi sifat Namruk dan
Firaun ada pada Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Ini memerlukan tajdid,
memperbaharui fahaman. Wafat nabi SAW timbul pula Musailatul Khazzab, Syidah, Syulaihah
dan lain-lain membawa ajarannya yang bercanggah dengan syariat Allah SWT.
Bagaimana kisah Khalid
al-Waled hendak menyerang sebuah kampung. Bila sampai di kampung itu kedengaran
laungan azan Subuh. Tentera Islam tidak sampai hati hendak menyerang lalu balik
semula ke Madinah.
Khalid ditanya mengapa balik.
Bagaimana hendak menyerang mereka sedang melaungi azan. Mereka berjumpa dengan
Saidina Umar tetapi Saidina Umar tidak faham. Lalu mereka berjuma dengan
Saidina Abu Bakar.
Saidina Abu Bakar berkata:
“Tidakkah mereka
mengatakan zakat tidak wajib. Bila mengatakan zakat tidak wajib mereka kafir
walaupun mereka sembahyang.
Demi Allah sekiranya
mereka menafikan apa yang diwajibkan oleh Rasulullah walaupun nilainya sama
dengan harga tali unta aku perangi mereka.”
Bila
Saidina Abu Bakar berkata begitu baharulah mereka faham. Ini makna tajdid,
membaharukan kefahaman.
Kemudian tiba pula
kerajaan Abasiah, timbul pula muktazilah
dan semua ini tidak ada dalam Quran dan dalam hadis. Imam Ahmad bin Hambal dan
ulamak-ulamak masa itu mengatakan ini aqidah yang menyeleweng.
Selesai
muktazilah datang pula fahaman sosialis, komunis, progmatis, nasionalis,
kapitalis, Islam hadhari, Islam liberal dan Islam plural. Ini perkara baru
muncul yang memerlukan kepada tajdid, membaharukan kefahaman.
Oleh itu tiap-tiap zaman ada cara
penipuan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang memerlukan tajdid.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment