Benar adalah amanah, bohong
adalah khianat. Rakyat diminta bercakap benar. Jika pemimpin tidak betul,
beritahu tidak betul. Pemimpin salah beritahu salah.
Apa yang berlaku dalam negara
sosialisma dan negara komunisma ialah menyembunyikan kesalahan. Rakyat tidak
boleh tahu kesalahan pemimpin. Jika ada kesalahan dia spin supaya betul juga
dengan berbagai-bagai takwil. Maka berlakulah pembohongan yang merosakkan
rakyat dan merosakkan negara.
Jelas ajaran sosialisma
sama dengan kapitalisma dan sama dengan komunisma bercanggah dengan Islam dan
sama-sama bertuhankan kebendaan.
Kapitalisma menjadi
kebendaan matlamat, komunisma kebendaan menjadi matlamat dan sosialisma juga
kebendaan menjadi matlamat. Yang berbeza ialah cara sahaja.
Kapitalisma
mengutamakan kepentingan orang perseorangan, komunisma dan sosialisma
mengutamakan kepentingan masyarakat. Komunisma menggunakan kekerasan dan
menolak agama. Sosialisma membenarkan agama tetapi agama yang tidak ada kuasa ‘politik
suku agama suku’
Ini bercanggah dengan
syariat Allah yang dibawa oleh nabi kita Muhamad SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment