Firman Allah Ta’ala surah
al-Imran (surah 3) ayat 179:
“Allah tidak sekali-kali akan
membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang
(bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia
memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman).
Dan Allah tidak sekali-kali akan
memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih
dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya
perkara-perkara yang Ghaib).
Oleh itu berimanlah kamu kepada
Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan
beroleh pahala yang besar.”
Allah Ta’ala tidak akan
membiarakan orang-orang beriman begitu sahaja melainkan Allah Ta’ala membuat
sesuatu untuk membuang mereka yang buruk daripada yang baik. Allah Ta’ala tidak menampakkan
sesuatu yang ghaib. Yang ghaib ada dalam hati orang.
Kita tidak mengetahui
siapa yang ikhlas kepada Allah Ta’ala dan siapa yang berjuang kerana hendak keduniaan.
Hanya Allah Ta’ala yang mengetahui. Kadang-kadang Allah Ta’ala dedahkan pada
rasul-Nya dan Allah Ta’ala dedahkan kepada kalangan ahli khasaf.
Nabi mengetahui di
Madinah ada orang munafik dan dibenarkan mereka datang ke masjid dan dengar
nabi mengajar. Ada yang bertaubat dan ada yang munafik sampai ke mati.
Allah Ta’ala lakukan kerana
hendak menguji manusia. Percayalah kepada Allah dan rasul dan barangsiapa
percaya kepada Allah dan rasul-Nya mendapat pahala yang sangat besar.
Ayat ini berkait dengan perang
Uhud. Bila nabi SAW mendapat tahu melalui risikan, 3,000 tentera musyrikin akan
menyerang Madinah lalu nabi SAW bermesyuarat dengan para sahabat.
Ada cadangan supaya menunggu
musuh datang menyerang Madinah. Abdullah bin Ubai,
pemimpin munafik menyokong cadangan ini. Bertahan di Madinah dapat
berlawan di lorong-lorang rumah dan kaum muslimat boleh berlawan melalui jendela
rumah. Nabi cenderung kepada cadangan ini. Abdullah bin Ubai, pemimpin munafik yang
menyokong cadangan ini bukan ikhlas tetapi supaya senang dia hendak lari kalau
tewas.
Cadangan kedua disokong oleh Saidina Hamzah iaitu bertempur di luar Madinah iaitu berperang
di Uhud. Jika berperang di Madinah dan kalah Madinah ditawan oleh musuh. Ini
merbahaya. Jika kita bertempur di Uhud, jika tewas kita boleh undur dan
mengambil langkah baru untuk menentang musuh. Madinah selamat.
Akhirnya nabi menerima cadangan
kedua iaitu berperang di Uhud. Kemudian nabi SAW balik ke rumah untuk memakai
baju rantai dan bersedia untuk berperang.
Abdullah bin Ubai
membisik-bisikan kepada orang ramai mengapa tidak menerima cadangan yang
dipersetujui oleh Rasulullah. Ini menyebabkan para sahabat yang membuat
cadangan kedua rasa bersalah lalu pergi ke rumah Rasulullah untuk menarik balik
cadangannya.
Masa itu nabi SAW sudah memakai
baju rantai. Nabi kata:
“Seseorang rasul bila
sudah memakai baju perang dan sudah membuat keputusan tidak akan sekali-kali berganjak
lagi dengan keputusannya.”
Maka tentera Islam keluar ke
Uhud. Abdullah bin Ubai yang tidak berpuashati kerana
cadangannya ditolak menarik pengikutnya seramai 300 orang. Mereka menarik diri daripada
ikut berjuang. Ini macam tubuh parti baru dan menyerang parti asal.
Ayat ini berkait dengan peristiwa
Uhud dan Quran adalah petunjuk kepada seluruh manusia hingga akhir kiamat. Ulamak
mengatakan pengajaran diambil dari lapaz yang umum bukan sebab yang khusus.
Cerita orang meninggal perjuangan
zaman nabi SAW sudah berlaku.
Dalam perjanjian Hudaibiah,
mana-mana orang Mekah yang berhijrah ke Madinah kena hantar balik, tetapi
mana-mana orang Madinah yang berhijrah ke Mekah tidak boleh hantar balik.
Antara orang Madinah yang lari ke
Mekah ialah Abdullah bin Abi Sarah. Abdullah bin Sarah ini bukan calang-calang orang. Dia penulis
wahi yang dilantik oleh nabi, boleh murtad. Penulis wahi, Abdullah bin Abi
Saraf yang murtad tidak dihantar balik ke Madinah.
Penulis wahi, orang yang nabi
lantik boleh murtad apatah lagi orang yang tidak penulis wahi.
Kita tidak hairan zaman kita ini
ada orang yang menyeleweng daripada perjuangan.
Saidina Umar naik geram dengan
perjanjian itu tetapi nabi SAW mempunyai pandangan politik yang jauh.
Politiknya ialah mengiktiraf Madinah sebagai negara. Akhirnya mereka melanggar
perjanjian Hudaibiah membolehkan nabi membuka Mekah.
Bila Mekah dibuka nabi SAW
telah menyenaraikan beberapa orang yang tidak boleh dimaaf. Jika berjumpa
tangkap dan bunuh walaupun bergantung di kelambu Ka’abah. Antara yang termasuk
dalam senarai ini ialah Abdullah bin Abi Saraf, penulis wahi.
Abdullah bin Abi Saraf adik
beradik susu Saidian Uthman. Saidina Uthman menantu nabi, dia banyak menyumbang
dalam peperangan Tabut dan dia dimalu oleh malaikat. Saidina Uthman membawa
Abdullah bin Abi Saraf dan meminta nabi SAW memaafkannya. Nabi SAW membebaskan Abdullah bin Abi Saraf selepas 3 kali
Saidina Uthman meminta Abdullah dimaafkan.
Jadi cerita menyeleweng
ini berlaku semenjak zaman nabi kerana Allah Ta’ala hendak uji dan menapis. Mereka yang mewarisi perjuangan Islam mestilah
mereka yang benar-benar ikhlas. Mereka yang tidak ikhlas tuhan akan campak
keluar daripada perjuangan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment