Nabi membuat perjanjian dengan kaum musyrikin Mekah yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Antara isi kandungan perjanjian
itu ialah orang Madinah yang pergi ke Mekah tidak boleh
hantar balik, tetapi orang Mekah yang pergi ke Madinah kena hantar balik.
Saidina Umar tidak setuju dengan
perjanjian itu kerana difikir berat sebelah. Beliau bertanya Saidina Abu Bakar.
Saidina Abu Bakar kata:
“Dia Rasulullah, dia
tahulah.”
Saidina Umar yang tidak
berpuashati bertanya Rasulullah:
“Tidakkah Rasulullah
ini Rasulullah.”
Nabi SAW kata:
“Ya.”
Saidina Umar berkata:
“Tidakkah perjanjian
berat sebelah.”
Nabi berkata:
“Tidak.”
Walaupun tidak
bersetuju Saidina Umar tidak keluar perjuangan dan menubuh parti baru. Dia
tetap setia kepada nabi SAW.
Bila kaum musyrikin melanggar
perjanjian itu, Mekah dapat ditawan.
Bila masuk Mekah nabi
isytiharkan:
“Barangsiapa berlindung di masjid
selamat, barangsiapa berlindung di rumah selamat dan barangsiapa berlindung di
rumah Abu Sufian selamat.
Nabi tawan Abu Sufian, ketua musyrikin
Mekah yang juga mertua nabi SAW. Dia kemudian masuk Islam. Nabi mengisytiharkan
Mekah aman dan rakyat dibebaskan kecuali beberapa orang disenaraikan hukuman
bunuh.
Akibat daripada kaedah
berdepan secara damai (Muawajahah Salmiah) kabilah Arab berduyun-duyun masuk
Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment