SOLAT *SUBUH BERJEMAAH
LEBIH UTAMA* BERBANDING TARAWIKH.
Fenomena biasa bulan
Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solat Tarawih di masjid namun jumlahnya
jauh lebih sedikit waktu solat Subuh. Sedangkan dari segi keutamaan dan
fadilat, solat Subuh berjemaah jauh lebih utama berbanding Tarawikh. Dikongsikan
hadis-hadis mengenai fadilat Subuh berjemaah:
1) Solat subuh berjemaah
sama seperti *pahala solat seluruh malam*. (HR Muslim)
2) Solat subuh
*disaksikan oleh para malaikat siang dan malam*. (HR Bukhari No. 6878 dan 4348)
3) Apabila seseorang itu
tahu akan *kelebihan jemaah solat Subuh dan Isyak di masjid* ia pasti ia akan
usahakan datang *walaupun dengan keadaan merangkak*. (HR Bukhari)
4) Dianugerah fadilat
besar di dalam Subuh itu ada solat fajar yang keistimewaannya *melebihi dunia
dan seisinya*. (HR Muslim)
5) Nabi SAW telah
mendoakan kerbekahan orang yang bangun Subuh. (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud,
Ahmad dan Ibnu Majah)
6) Orang yang menunaikan
solat Subuh, ia mendapat *JAMINAN dari Allah SWT*. (HR Muslim)
7) Orang yang memelihara
solat Subuh dan Asar akan *melihat Allah SWT di dalam syurga* sebagaimana kita
melihat bulan yang tidak terhalang. (HR Bukhori dan Muslim)
8) Orang yang memelihara
solat Subuh dan Asar (di awal waktu dengan istiqamah) ia *akan masuk Syurga*.
(HR Bukhori dan Muslim)
9) Barang siapa yang
bunuh orang yang solat Subuh Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT
akan membenamkan mukanya ke dasar neraka. (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan
Ibn Majah)
10) Dari A’isyah r.a
bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
”Dua rakaat fajar, *lebih
baik dari pada dunia seisinya.*” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan
yang lainnya).
Kemudian, juga hadis dari
A’isyah r.a menceritakan,
Tidak ada solat sunah
yang lebih diperhatikan Nabi Muhammad SAW dari pada dua rakaat fajar.
(HR. Bukhari 1169).
(HR. Bukhari 1169).
Solat sunnat rawâtib
(solat yang menyertai solat fardhu) tidak sama keutamaannya. *Solat sunat Subuh
menempati urutan teratas*. Sebab, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya
meski beliau berada dalam perjalanan.
11) “Barang siapa
*berjalan untuk solat wajib* berjamaah maka pahalanya seperti *pahala orang
yang berhaji dan ihram*. Barang siapa berjalan untuk solat sunah maka itu
seperti pahala umrah.” (Hasan; Shahih Al-Jami’ hadits no. 6556).
12) “Barang siapa
*berjalan untuk solat wajib* dalam keadaan sudah suci *(berwudhu di rumah)*,
maka ia seperti mendapatkan *pahala orang yang berhaji dan ihram*….” (HR
Ahmad).
13) “Barang siapa solat
Subuh berjamaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit,
lalu solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala seperti *pahala haji dan
umrah* secara sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tarmizi).
14) "Maka
bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu
berada di waktu subuh" (Q.S. Ar-Ruum [30] : 17)
Berdoa
dan merayulah kepada Allah SWT agar kita diberikan kekuatan untuk mengamalkan
*Solat Subuh di Masjid serupa sebagaimana kita Solat Tarawikh di Masjid.
No comments:
Post a Comment