Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan.
Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui
Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan
Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun
berbicara dengan Allah swt,
"Ya Rabb, Engkau
selalu memperkenankan doaku."
Lalu Allah swt menjawab,
"Antara kalian itu
terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah
bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi
Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian
yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta
meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa
bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika
dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib
dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar
Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu,
hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa
40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa as
bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau
menurunkan hujan wahai Allah?"
Lalu, ALLAH swt menjawab
kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada
Allah,
"Bolehkah aku ingin
tahu siapakah orangnya itu?
Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku
tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia
bertaubat kepadaKu?"
1 *JAUHI MENCUNGKIL AIB
ORANG*
2 *TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA
KITA*
3 *UMAT TERBAIK HANYA
CAKAP YANG BAIK SAJA*
4 *DUNIA DIPENUHI KINI
DENGAN BENDA-BENDA
YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI*
No comments:
Post a Comment