Firman Allah SWT:
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik
(golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya
bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta
dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi. [Al-Anfal:37]
Ayat ini turun berkenaan
Perang Uhud. Selepas dijadikan menang dalam perang Badar, Allah uji dengan
kekalahan pula dalam perang Uhud. Sengaja tuhan jadikan begitu, supaya ditapis
orang-orang yang pura-pura dalam perjuangan Islam.
Kalau tuhan jadikan
sentiasa menang, tentu ramai yang akan menonjolkan diri mengaku beriman. Lalu
tuhan jadikan kalah supaya yang berpura-pura ini disingkir dari perjuangan.
Memang Allah jadikan
Islam perjuangan yang sukar. Kadang-kadang berpuluh tahun tak menang.
Kadang-kadang hingga ratus tahun. Menang sekejap, kalah kembali. Menang
kemudian kalah kemudian menang dan kalah kembali. Allah jadikan begitu sehingga
hari kiamat supaya terserlah perbezaan antara orang beriman dan kufur, samada
kufur yang jelas atau kufur tersembunyi dalam hati.
Firman Allah SWT:
Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang kafir." [Ali Imran:141]
Masjid Rusila
12 Ramadhan 1437
17 Jun 2016
12 Ramadhan 1437
17 Jun 2016
(Alang
Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment