Bagi yang belum solat
witir, maka bangunlah mengerjakan solat sunat itu tiga rakaat atau
sekurang-kurangnya 1 rakaat. Solat Witir dilakukan setelah
solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai
pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat
yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Daripada Ibnu Umar RAhma,
Rasulullah SAW bersabda:
"Solat witir satu rakaat daripada akhir malam". (Hadith Riwayat Muslim)
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Daripada
Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa
yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa
dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu
akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama".
)Hadith Riwayat Muslim(
)Hadith Riwayat Muslim(
No comments:
Post a Comment