Jadikan solat bahagian
utama dalam kehidupan kita.
Dalam sebuah hadis
baginda SAW telah bersabda amalan yang pertama yang akan dihisab di hari kiamat
ialah sembahyang fardu. Jika ada kekurangan maka sembahyang sunat akan
menampung.
Jika sembahyang fardu
diterima semua amalan lain diterima. Kalau amalan solat fardu tidak diterima
semua amalan lain ditolak.
Boleh jadi dia sembahyang tidak
cukup. Boleh jadi dia sembahyang tetapi tidak tahu sah atau tidak. Dia
sembahyang dalam keadaan tidak mengetahui hukum hakamnya maka amalan solatnya
ditolak. Bila sembahyang tidak diterima maka semua amalan lain ditolak.
Hadis 1.
Ali bin Abi Talib RA berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah telah bersabda, mana-mana orang mukmin yang
meninggalkan solat Allah akan catat di wajahnya orang ini tidak akan dapat
rahmat atau kasih sayang tuhan, aku berlepas daripada mereka.”
Mana-mana hamba yang
meninggal satu kefarduan solat tidak akan mendapat kasih sayang tuhan. Orang
meninggal sembahyang hidupnya susah, penuh dengan dukacita dan susah mendapat
belas kasihan orang lain kerana terputus daripada rahmat Allah.
Jika kita dapati anak-anak kita
hidupnya susah, suruh dia perbetulkan dan cukupkan sembahyangnya.
Nabi kata dia berlepas
daripada orang itu. Nabi tidak boleh hendak membantunya.
Baginda bersabda lagi
apabila seorang hamba meninggal satu solat fardu ditulis namanya dipintu
neraka. Lima kali tinggal lima namanya dicatat pada pintu neraka. Bagaimana
jika tinggal 10 tahun, tinggal 20 tahun? Sudah tentulah penuh dengan namanya
sahaja.
Jika ada di antara kita
yang tinggal sembahyang di waktu yang lepas sila ganti, sila qadar balik.
Mengikut pendapat kebanyakan ulamak sembahyang yang ditinggal wajib diqodar.
Kita boleh juga melakukan sembahyang sunat walaupun qadar belum habis.
Sembahyang sunat buat dan sembahyang qadar pun buat. Dengan mengqadar
sembahyang moga-moga Allah padam nama kita dipintu neraka.
Hadis 2.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dua orang sahabat pernah berkata
nabi SAW telah bersabda telah turun Jibril kepada aku lalu Jibril berkata
bacalah. Lalu baginda SAW bersabda, “Apa yang hendak aku baca?” Lalu Jibril
membacanya: “Kemudian mereka akan digantikan dengan keturunan yang akan
mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu melakukan maksiat.”
Allah berkata selepas daripada
mereka akan muncul satu kaum keturunan mereka sendiri yang tidak kisah tentang
sembahyang kerana menurut hawa nafsu, kira hendak membuat maksiat sahaja.
Lalu nabi SAW bertanya kepada
Jibril: “Adakah umat aku nanti akan ramai meninggal sembahyang.”
Jawab malaikat Jibril:
“Ya! Akan datang di akhir zaman nanti manusia daripada umat mu yang akan
meninggal sembahyang.”
Ada tinggal satu waktu
dan ada yang tinggal terus sembahyang. Ada juga yang sengaja melewatkan
sembahyang.
Jadi
cuba cek diri kita dan juga keluaga kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment